11 Mac 2023 - Lawatan Kerja Kebolehlaksanaan Pengoperasian Program Sekolah Model Komprehensif 9 (K9)

There is no translation available.

11 Mac 2023 - Lawatan kerja bagi meninjau Kebolehlaksanaan Pengoperasian Program Sekolah Model Komprehensif 9 (K9) di Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan, Lahad Datu, Sabah diketuai oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato' Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali.

Sekolah K9 yang memberi pendidikan dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 3 diwujudkan atas faktor lokasi ke sekolah menengah yang jauh, bentuk muka bumi yang mencabar serta turut mengambil kira sosioekonomi masyarakat setempat. Inisiatif ini diharapkan dapat mengurangkan masalah keciciran murid.

Turut hadir bersama adalah Pengarah Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, YBrs. Dr. Latip bin Muhammad, Pengarah Bahagian Sekolah Harian YBrs. Tuan Haji Azman bin Haji Adnan, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, YBrs. Tuan Mohd Zaini bin Yanin yang menjalan tugas Pengarah JPN Sabah serta warga JPN Sabah dan PPD Lahad Datu.

 
  • Hits: 866

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Thursday 07 December 2023, 09:12:45.