09 Jan 2022 - Lawatan YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) ke Sekolah-Sekolah di Segamat, Johor.

There is no translation available.

Lawatan YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) ke Sekolah-Sekolah di Segamat, Johor pada 9 Januari 2022. Turut hadir YBrs. Encik Zainal Abas, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Tuan Haji Hassan Nudin Abdul Hamid, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Tuan Haji Shafruddin Haji Ali Hussin, Ketua Nazir Sekolah dan YBrs. Puan Hajah Salmah Jopri, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas.

Lawatan ini melibatkan lima (5) buah sekolah berikut:
 
1. Sekolah Menengah Tinggi Segamat
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jementah
3. Sekolah Kebangsaan Pogoh
4. Sekolah Kebangsaan Kuala Paya
5. Sekolah Kebangsaan Jementah
 
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau hari pertama persekolahan di Segamat, Johor bagi sekolah yang tidak terkesan banjir. Selain itu, YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid turut melawat sekolah yang berada dalam fasa akhir proses pembersihan.
 
Terima kasih diucapkan kepada pihak Bomba dan Penyelamat serta sukarelawan yang turut membantu mempercepatkan proses pembersihan sekolah yang terkesan banjir.
 
#SekolahkuSejahtera
#KPMPrihatin
#KeluargaMalaysia
 
 
  • Hits: 3319

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Wednesday 29 June 2022, 20:21:55.