08 Mei 2023 - Menteri Pendidikan Terima Kunjungan Hormat Suruhanjaya Perhidmatan Pendidikan dan Universiti Kebangsaan Malaysia

There is no translation available.

Menteri Pendidikan Terima Kunjungan Hormat Suruhanjaya Perhidmatan Pendidikan dan Universiti Kebangsaan Malaysia

8 Mei 2023 | Isnin

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari ini.

Delegasi SPP yang diketuai oleh Pengerusi, YBhg Tan Sri Dr. Mazlan Yusoff telah membincangkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan pendidikan.

Dalam kunjungan hormat UKM pula, delegasi yang diketuai oleh Naib Canselor, YBhg Prof Dato' Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman telah berkesempatan untuk mengadakan pembentangan dan perbincangan mengenai Pusat GENIUS@Pintar Negara UKM.

Turut serta dalam sesi kunjungan SPP dan UKM adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi, pengurusan tertinggi serta ketua-ketua jabatan KPM.

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
 
  • Hits: 421

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Thursday 08 June 2023, 15:53:51.