07 Oktober 2023 - Majlis Perasmian Karnival Agrotek MADANI@Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

There is no translation available.

Majlis Perasmian Karnival Agrotek MADANI@Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
 
07 Oktober 2023 | Sabtu
 
Majlis Perasmian Karnival Agrotek MADANI@Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berlangsung meriah di Kolej Vokasional Pasir Puteh, Kelantan pada Sabtu.
 
Karnival ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan golongan muda kepada kepentingan bidang agroteknologi dan inovasi pertanian berasaskan penggunaan teknologi terkini seperti Internet Benda (Internet of Things - IoT).
 
KPM bertanggungjawab menyemai minat generasi muda dalam bidang pertanian dan agromakanan. Ia selaras dengan hasrat memperkasa sektor ini seperti yang digariskan dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0).
 
Matlamat memastikan keterjaminan makanan dan mengurangkan kebergantungan kepada import makanan memerlukan komitmen semua pihak di setiap peringkat termasuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid di peringkat sekolah.
 
 
  • Hits: 315

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Wednesday 29 November 2023, 10:39:45.