06 Mei 2023 - Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan Hadir Meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di Pulau Pinang
Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan Hadir Meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di Pulau Pinang
6 Mei 2023 | Sabtu
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Lim Hui Ying telah hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI peringkat negeri Pulau Pinang pada Sabtu.
Majlis ini memberi peluang kepada Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan untuk beramah mesra dengan para pengunjung pelbagai kaum dalam suasana muhibah.
Majlis yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim ini turut dihadiri oleh TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Hj Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow, menteri kabinet serta pemimpin kerajaan negeri dan persekutuan.
- Hits: 385