06 April 2021 - Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pendidikan II

There is no translation available.

YB Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan II telah mengadakan lawatan kerja pada 6 April 2021 (Selasa) ke SMK Jinjang, Jalan Jinjang Indah 1, Jinjang Utara, Kuala Lumpur.

Lawatan pada kali ini adalah bertujuan untuk melihat pengoperasian sekolah sempena kemasukan murid menengah sesi 2021 yang bermula pada 5 April 2021 yang lepas. 
 
Untuk makluman juga, sekolah ini telah dirasmikan pada 19 Julai 1968 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein yang pada ketika itu merupakan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Pada masa itu, sekolah ini menggunakan nama SMJK Inggeris Jinjang.
 
 
 
Lawatan kerja yang kedua pada 6 April 2021 (Selasa) oleh YB Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan II adalah ke SMJK Chong Hwa, Jalan Gombak, Kampung Kuantan, Kuala Lumpur.
 
Lawatan yang dilakukan juga adalah untuk melihat pengoperasian sekolah dan penyuraian murid. Beliau juga sempat melawat bilik guru sekolah itu yang dilengkapi alat penghawa dingin bagi keselesaan para guru sekolah itu.
 
 
  • Hits: 734

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 06 August 2021, 11:23:00.
moe