Information Management Division

DEPARTMENT HEAD

Puan Norizan binti Harun

Name :

Puan Norizan binti Harun

 

BACKGROUND

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah ditubuhkan sejak tahun 1967. Nama asalnya adalah Unit Komputer yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Fokus utama unit tersebut adalah bagi menyokong pemprosesan peperiksaan awam seperti LCE dan MCE.

Pada tahun 1970-an, kakitangan UPDE telah ditambah melalui kemasukan Juruanalisa Sistem dan Pengaturcara Program Komputer oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pertambahan ini adalah bagi menyokong proses-proses utama yang dijalankan seperti pengendalian kemasukan data, proses pemarkahan, percetakan sijil dan penganalisaan keputusan peperiksaan awam. Pada tahun 1986, Bahagian Perkhidmatan Komputer (BPK) yang diketuai oleh seorang Pengurus Besar telah diwujudkan dan UPDE menjadi sebahagian daripada BPK.

Mulai tahun 1995, BPK telah diberi nama baru iaitu Bahagian Sistem Maklumat (BSM) dan perkhidmatan pengkomputeran juga diperluaskan ke bahagian-bahagian lain dibawah Kementerian seperti Bahagian Kewangan, Bahagian Buku Teks, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Tinggi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dan Bahagian Sekolah.

Seterusnya pada bulan September 2002, bahagian ini sekali lagi diberi nama baru iaitu Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi selaras dengan peluasan skop dan fungsi ICT untuk menyokong bisnes KPM.

Pada bulan Oktober 2008, pihak JPA telah mengarahkan supaya semua bahagian ICT sektor Awam ditukarkan nama kepada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).

Sehingga kini, peranan BPM telah berkembang sebagai penyelesai perkhidmatan ICT yang menyokong semua bahagian di KPM.

VISION

To be an integrated ICT solution provider for Ministry Of Education

MISSION

To provide secured and reliable information system and ICT infrastructure to support Ministry Of Education business

OBJECTIVE

  • To provide an integrated management information system to support the ministry’s business..
  • Menyediakan sistem aplikasi ICT yang memenuhi keperluan pelanggan, efektif dan efisien.
  • To provide a secure and reliable ICT infrastructure
  • To provide ICT personnel with high competency level.

FUNCTION

  • Merancang strategi ICT dan mengurus sumber-sumber selaras dengan bisnes dan keutamaan strategi Kementerian;
  •  Membangun, melaksana dan menyenggara sistem aplikasi/sistem maklumat organisasi;
  •  Memantau, mengurus dan menilai program atau projek- projek ICT;
  •  Mengurus dan menyelaras infrastruktur, perkhidmatan dan keselamatan ICT; dan
  •  Memantau, mengurus dan menilai pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan.

CLIENTS CHARTER

Kami warga Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

  •  Membangunkan aplikasi berdasarkan keperluan pengguna dan skop kerja seperti yang dipersetujui bersama dengan pelanggan dalam tempoh enam (6) hingga dua belas (12) bulan mengikut kompleksiti.
  •  Melaksanakan pemprosesan :- 

a.  Peperiksaan awam selewat-lewatnya 5 hari sebelum keputusan diumumkan; dan

b. Pemilihan dan tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru, Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dan tingkatan 6 selewat-lewatnya 5 hari sebelum semakan tawaran online dikeluarkan.

  • Memastikan aduan yang diterima melalui Meja Bantuan diambil tindakan dalam tempoh 1 hari.
  • Memastikan perkhidmatan Rangkaian Wide Area Network berdasarkan jaminan tahap ketersediaan 99%.
  • Menyediakan perkhidmatan Pusat Data berdasarkan jaminan tahap perkhidmatan seperti berikut :-

a. Ketersediaan Pusat Data di Ibu Pejabat dengan 99%.

b. Ketersediaan Pusat Data Pengehosan Web dengan 99%. 

ORGANISATION STRUCTURE

 ** Click image to view bigger version.

CONTACT

Address Phone Number Fax Email (@moe.gov.my)
Information Management Division
Ministry of Education Malaysia 
Level 3 & 4, Block E11, Complex E, 
Federal Government Administrative Centre, 
62604 Putrajaya
03-8884 3686 03-8889 5244  [email]
  • Hits: 2829
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Monday 16 September 2019, 21:53:43.