Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

There is no translation available.

KETUA JABATAN

 Pengarah JPN Perlis Jul 2020 300x420

Nama :

Encik Naharudeen bin Othman
 

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

OBJEKTIF

Jabatan Pendidikan Negeri Perlis sentiasa berusaha untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab selaras dengan aspirasi dan Falsafah Pendidikan Negara. Untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis menggariskan objektif-objektif seperti berikut :-

  • Mempertingkatkan kualiti dan prestasi pendidikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, keperluan insfrastruktur asas dan pembentukan serta perkembangan sahsiah yang murni;
  • Mempertingkatkan mutu pengurusan supaya cekap serta berkesan melalui pelbagai pendekatan prinsip pengurusan dan sesuai dengan iklim pendidikan di Negeri Perlis;
  • Membentuk sikap kecintaan kepada ilmu dan membaca sehingga menjadi budaya kepada guru dan murid;
  • Mempertingkatkan profesionalisme semua pegawai, pengetua, guru besar, guru penolong kanan, guru kanan mata pelajaran, guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana dalam bidang pengurusan, ilmu, kemahiran dan amalan;
  • Mempertingkatkan pemahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan murid Islam dan mempertingkatkan perlakuan bermoral murid bukan Islam;
  • Menjalinkan perpaduan serta ikatan kasih mesra demi mempertingkatkan kerjasama antara jabatan, sekolah, murid-murid dan masyarakat seluruhnya.

FUNGSI

  • Merancang, menyelia dan memastikan pelaksanaan dasar dan program utama KPM.
  • Merancang, menyelia, mengurus dan melaksanakan perancangan strategik pembangunan pendidikan negeri.
  • Merancang dan memastikan pelaksanaan kurikulum, pedagogi dan pentaksiran.
  • Merancang, menyelia dan mengurus pengoperasian sekolah-sekolah di bawah bidang kawalan JPN.
  • Merancang dan menyelia pengupayaan Jabatan Pendidikan Negeri dalam memberi bimbingan dan sokongan kepada sekolah.
  • Merancang, menyelia dan mengurus pembangunan pendidikan insaniah, adab dan nilai murid.
  • Mengurus dan mengendalikan pembangunan potensi murid berkeperluan khas.
  • Menyelia dan mengurus khidmat pengurusan dan pentadbiran negeri merangkumi pengurusan kewangan, pengurusan aset dan pembangunan sumber manusia.
  • Merancang, menyelia dan mengurus jaringan dan jalinan dengan pihak berkepentingan untuk pembangunan pendidikan negeri.
  • Merancang, menyelia dan mengurus kelulusan pendaftaran murid bukan warganegara dan murid tanpa dokumen di sekolah bawah kawalan JPN.
PIAGAM PELANGGAN
  • Memastikan semua murid, mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar dan mengikuti pengajaran & pembelajaran pada hari pertama hari persekolahan baru dimulakan.
  • Memproses penempatan guru ke sekolah-sekolah tidak lebih dari 14 hari bekerja setelah menerima senarai guru dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Memproses urusan permohonan pertukaran murid bagi sekolah harian, kawalan, SMKA dan KAA dalam tempoh lima(5) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Memastikan urusan-urusan perjawatan dan perkhidmatan dilaksanakan seperti berikut :
    • Mengurus dan memproses urusan-urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan personal dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh penerimaan.
    • Memastikan Surat penempatan bukan guru dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas arahan penempatan diterima daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Menentukan kekosongan jawatan Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan diisi dalam tempoh 30 hari bekerja selepas mengemukakan senarai cadangan calon-calon.
  • Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen yang lengkap).
  • Menguruskan Peperiksaan Awam berdasarkan Kurikulum Kebangsaan KPM dengan lancar tanpa sebarang ketidakakuran sepanjang masa.
  • Pengurusan aduan dan laporan isu disiplin murid.
    • Menentukan segala aduan diberi jawapan kepada pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
    • "Standard Operating Procedure" SOP 1:3:7 iaitu Laporan Awal pada hari pertama, Laporan Lengkap Butiran Kes pada hari ketiga dan Laporan beserta status kes pada hari ketujuh.
  • Menyediakan kemudahan / infrastruktur sekolah ke arah menjadikan suasana sekolah yang kondusif, bersih dan selamat.
  • Memastikan 100% daripada kakitangan dan pegawai menghadiri latihan/kursus selama 7 hari dalam setahun.
  • Menyediakan khidmat kaunseling, bimbingan, konsultasi dan advokasi bagi warga Pendidikan Negeri Perlis.

CARTA ORGANISASI

CARTA

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis,
Jalan Tun Abdul Razak,
01990 Kangar,
Perlis.
https://jpnperlis.moe.gov.my 04-9737777 04-9767080 jpnperlis
  • Hits: 44563

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Saturday 31 July 2021, 16:43:26.
moe