Biasiswa Sukan (BS)

There is no translation available.

JENIS BANTUAN:

  • Bantuan Khusus

PENGENALAN :

  • Biasiswa ini telah diperkenalkan pada tahun 2005 sebagai suatu usaha bagi meningkatkan kecemerlangan sukan dalam kalangan murid di bawah Program Pembangunan Sukan sekolah. Ia merupakan suatu galakan kepada murid supaya bersungguh-sungguh untuk mencapai prestasi yang tinggi di dalam bidang sukan.

KADAR :

  • Tingkatan 1 – 4 : RM70.00 x 12 bulan.
  • Tingkatan 5 : RM70.00 x 11 bulan.

PEMILIHAN :

  • Murid warganegara Malaysia.
  • Tingkatan 1 – 5 yang bersekolah di SK dan SBK atau Kolej Vokasional atau Sekolah Sukan Malaysia.
  • Cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri di peringkat MSSM.
  • Keutamaan kepada murid yang terlibat dalam program Sukan Prestasi Tinggi dan sukan-sukan lain yang diputuskan oleh KPM.
  • Tidak menerima sebarang biasiswa  atau elaun /insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

KAEDAH PENYALURAN :

  • Biasiswa ini disalurkan oleh KPM kepada Bahagian Sukan dan Kesenian untuk disalurkan kepada akaun murid.
  • Hits: 38827

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 29 September 2023, 15:09:43.