Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid (PPM)

There is no translation available.

JENIS BANTUAN:

  • Bantuan Khusus

PENGENALAN :

  • Peruntukan kewangan bagi menampung perjalanan dan pengangkutan murid yang tinggal di asrama tertakluk kepada maksud belanja yang ditetapkan.
    • Maksud belanja Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid yang tinggal di asrama adalah seperti berikut :
      1. Pengangkutan menghantar murid ke stesen pengangkutan utama terhampir dengan asrama bagi tujuan balik ke rumah semasa cuti penggal sebanyak dua kali setahun ;
      2. Pengangkutan ke rumah ibadat bagi urusan keagamaan ;
      3. Pengangkutan menghantar murid sakit ke hospital/klinik ; dan
      4. Pengangkutan bagi lain-lain aktiviti/keperluan murid yang tinggal di asrama.

KADAR :

  • Kadar kelayakan untuk setiap asrama adalah berdasarkan jumlah enrolmen murid yang tinggal di asrama dengan pengiraan RM60.00 seorang murid setahun.
  • Ketua Pusat Tanggungjawab boleh menentukan keperluan sebenar dan agihan kepada asrama berdasarkan keseluruhan peruntukan yang diterima tahun semasa.

PEMILIHAN :

  • Semua murid yang tinggal di semua jenis asrama murid di bawah Sektor Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kecuali Asrama 1Malaysia.

KAEDAH PENYALURAN :

  • Bahagian Kewangan menurunkan waran peruntukan kepada Bahagian/Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) selepas menerima Waran Am daripada Perbendaharaan.
  • Bahagian/JPN mengagihkan peruntukan terus ke sekolah. Sekolah yang menerima peruntukan Perjalanan dan Pengangkutan Murid hendaklah mengakaunkan jumlah peruntukan yang diterima di dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Asrama (KWA) di lajur Pelbagai/Subsidiari Pengangkutan Murid.
  • Hits: 16450

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Thursday 08 June 2023, 15:53:51.