Bantuan Geran Per Kapita (PCG)

There is no translation available.

JENIS BANTUAN:

  • Bantuan Umum

PENGENALAN :

  • Bantuan Geran Per Kapita (PCG) merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan ke semua Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) berdasarkan enrolmen murid yang bersekolah pada tahun semasa. Bantuan ini terbahagi kepada PCG Mata Pelajaran dan PCG bukan Mata Pelajaran.
  • PCG Mata Pelajaran merupakan peruntukan yang disalurkan mengikut setiap mata pelajaran berdasarkan kadar yang ditetapkan dalam surat pekeliling kewangan yang berkuatkuasa. Ketua Bidang atau Ketua Panitia setiap mata pelajaran bertanggungjawab dalam merancang program/aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan memastikan peruntukan PCG Mata Pelajaran dibelanjakan mengikut maksud belanja yang disewajarnya.   
  • PCG Bukan Mata Pelajaran merupakan peruntukan yang disalurkan bagi tujuan pembangunan Pusat Sumber Sekolah/Perpustakaan, Bimbingan dan Kaunseling serta Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun / Lain-lain Perbelanjaan Khas (LPBT/LPK) seperti bil utiliti, perkhidmatan, pembaikan kecil dan penyelenggaraan inventori.

KADAR :

  • Kadar bagi setiap mata pelajaran adalah berbeza sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2012 yang berkuatkuasa.

PEMILIHAN :

  • Berdasarkan enrolmen murid di SK dan SBK di bawah KPM.

KAEDAH PENYALURAN :

  • Transaksi terus ke akaun bank (Kumpulan Wang Sekolah) sekolah.
  • Hits: 12687

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 15 January 2021, 23:24:09.