Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK)

There is no translation available.

JENIS BANTUAN:

  • Bantuan Khusus

PENGENALAN :

  • Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) telah mula diperkenalkan pada tahun 2005 yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas (OKU). Elaun ini diberikan kepada murid OKU yang bersekolah di peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah termasuk pelajar di Kolej Vokasional dan Matrikulasi yang mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

KADAR :

  • RM150 sebulan x 12 bulan (tertakluk kepada jumlah bulan yang melayakkan murid untuk menerima EMK pada tahun tersebut).

PEMILIHAN :

  • Murid warganegara Malaysia.
  • Murid Orang Kurang Upaya (OKU) yang bersekolah di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) serta pelajar di Kolej Matrikulasi dan Kolej Vokasional.
  • Memegang kad OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun /insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

KAEDAH PENYALURAN :

  • Elaun disalurkan oleh KPM kepada Bahagian Pendidikan Khas yang menyalurkan elaun tersebut kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Bahagian Matrikulasi/ Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV).
  • Seterusnya, JPN/ Bahagian akan menyalurkan elaun kepada akaun sekolah dan akaun murid.
  • Hits: 3225
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Tuesday 17 September 2019, 11:40:23.