Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK)

Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya. KPM telah membangunkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) iaitu dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan pembangunan profesionalisme berterusan.

PIPPK menyediakan garis panduan kepada PPP untuk meningkatkan kompetensi diri mengikut kecenderungan dan keperluan demi mengekalkan prestasi kerja yang terbaik. Menerusi pelan ini, profesion keguruan diharap dapat diperkasakan dan menjadikan kerjaya keguruan sebagai kerjaya yang profesional dan menjadi kerjaya pilihan utama.

PIPPK ialah dokumen rujukan utama dalam pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan (PPB). Pelan PPB (Guru dan Pemimpin Sekolah) yang diterbitkan oleh KPM pada tahun 2014 merupakan dokumen pengoperasian pelaksanaan PPB yang mengandungi transformasi amalan dan strategi pelaksanaan PPB bagi guru dan pemimpin sekolah. Buku PIPPK mengandungi lima bab iaitu:

Bil Tajuk  
1 Ringkasan Eksekutif : Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK)   pdf Muat Turun (10.75 MB)
2 Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK)   pdf Muat Turun (15.61 MB)
3 Standard Prestasi PPP Edisi Awal 2016   pdf Muat Turun (3.14 MB)
4 Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM (Laluan PdP dan Kepimpinan) Edisi 2016   pdf Muat Turun (3.26 MB)