Video Dokumentari Suara Generasi COVID

Suara Generasi COVID merupakan satu inisiatif KPM bersama-sama rakan strategik iaitu UNICEF Malaysia dan ARUS Education. Program ini bertujuan memberi ruang kepada murid di sekolah dari pelbagai latar belakang berkongsi pendapat mengenai pandangan dan perasaan  pengalaman mereka menghadapi wabak COVID-19. Apa yang menarik mengenai program ini ialah pengajaran dan pembelajaran yang bertemakan COVID-19 dilaksanakan melalui project-based learning dalam 4 mata pelajaran iaitu Sejarah, Geografi, Matematik dan Sains. Perkongsian video ini bertujuan mewar-warkan program ini mengenai  pembelajaran secara project-based learning yang berbentuk inter-disciplinary yang dapat memberi pengalaman yang berbeza kepada murid dan juga guru. Dokumentari tersebut boleh didapati melalui pautan berikut:

  • Hits: 4848

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 27 September 2023, 14:39.