Kategori Penubuhan Dan Pendaftaran
Semua jenis IPS diwajibkan berdaftar mengikut seksyen 79 di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Pendaftaran institusi pendidikan berkenaan hendaklah dibuat di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Sebelum sesebuah IPS (sekolah, pusat, tadika) dibenarkan untuk didaftar, kelulusan penubuhan hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Permohonan kelulusan penubuhan bagi IPS hendaklah dimuat naik ke dalam sistem automasi MOEIS dan diserahkan salinan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Selepas JPN meluluskan permohonan penubuhan IPS tersebut, ianya akan dipanjangkan kepada Bahagian Pendidikan Swasta untuk pendaftaran institusi.
Selepas permohonan penubuhan IPS diluluskan, IPS berkenaan hendaklah mengemukakan permohonan pendaftaran dengan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Syarat-syarat wajib bagi permohonan penubuhan IPS adalah seperti berikut:
a) Pemohon perlu pergi ke pautan https://idme.moe.gov.my/login untuk memuat naik dokumen ke dalam sistem automasi.
b) IPS hendaklah dimiliki oleh syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau organisasi yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan.
c) Syarikat/Organisasi hendaklah membuktikan keupayaan kewangan.
d) Syarat-syarat lain yang ditetapkan pada borang permohonan penubuhan.
Berikut adalah syarat wajib yang perlu dipenuhi sebelum sesebuah IPS dibenarkan pendaftarannya:
a) Mengemukakan borang kelulusan penubuhan dari Jabatan Pendidikan Negeri.
b) Premis pendidikan yang hendak digunakan hendaklah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pejabat Kesihatan.
c) Mengemukakakan nama-nama pengelola, guru dan pekerja institusi pendidikan.
d) Memenuhi kelulusan kursus/mata pelajaran bilik darjah, bilik khas/makmal lain yang ditetapkan.
e) Membayar yuran pendaftaran seperti yang ditetapkan.
Bahagian Pendidikan Swasta akan menjalankan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang boleh mengenakan penalti sebanyak RM30,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Anda boleh membuat semakan dengan menghubungi Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Adalah menjadi hak rakyat Malaysia untuk mendapatkan pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, murid-murid dari sekolah swasta boleh memohon berpindah ke sekolah kerajaan selepas mendapat kelulusan dari Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan. Namun begitu, syarat kohort umur kemasukan ke sekolah kerajaan/bantuan kerajaan adalah terpakai.
Kategori Pengurusan IPS Dan Murid
Adalah menjadi hak rakyat Malaysia untuk mendapatkan pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, murid-murid dari sekolah swasta boleh memohon berpindah ke sekolah kerajaan selepas mendapat kelulusan dari Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan. Namun begitu, syarat kohort umur kemasukan ke sekolah kerajaan/bantuan kerajaan adalah terpakai.
Boleh tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh tadika swasta berkenaan.
Tuntutan deposit pengajian di IPS adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh institusi pendidikan swasta berkenaan.
BPSwasta tidak akan mengeluarkan surat sokongan kepada mana-mana syarikat komersil bagi tujuan pengiklanan atau pemasaran produk mereka.
Ya. Permohonan bagi aktiviti kokurikulum di luar negara perlu dikemukakan kepada BPswasta. Bagi aktiviti kokurikulum yang dijalankan di dalam negara, permohonan perlu dipanjangkan kepada Pengarah JPN negeri masing-masing.
Tidak. BPSwasta hanya memberikan pengesahan bahawa institusi pendidikan swasta tersebut berdaftar dengan KPM sahaja.
Kategori Pengurusan Data Dan Maklumat IPS
Sila layari smips.moe.gov.my dan klik pada pautan Carian Institusi dan anda boleh mendapatkan senarai nama, kod dan alamat sekolah.
Anda boleh memohon data tersebut dengan mengemukakan permohonan melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4 kali setahun iaitu sebelum atau pada 31 Jan, 31 Mac, 30 Jun dan 31 Okt. Pihak sekolah swasta perlu mengemas kini maklumat dan data SMIPS jika terdapat sebarang perubahan maklumat sekolah, data guru dan murid.
Sekolah swasta perlu melengkapkan proses pendaftaran sekolah mereka di Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri dan mendapatkan kod sekolah yang telah ditetapkan. Unit Pendidikan Swasta akan mendaftarkan tadika swasta di dalam SMIPS.
Anda boleh memohon data tersebut dengan mengemukakan permohonan melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Permohonan bagi mendapatkan data khusus berkaitan institusi pendidikan swasta boleh ditujukan terus kepada Pengarah, Bahagian Pendidikan Swasta. Kelulusan/ penyaluran data tertakluk kepada pertimbangan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta.
Surat permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta bersama dokumen seperti berikut:
i. Borang Permohonan Kebenaran Menjalankan Kajian
ii. Surat pengesahan status pengkaji daripada pihak majikan/university
iii. Kertas cadangan penyelidikan (tidak melebihi 10 muka surat)
iv. Instrumen penyelidikan
* Nota : Urusan tadbir soal selidik adalah di bawah tanggungjawab pengkaji
PENAFIAN
Paparan ini bertujuan untuk memberi maklumat mengenai Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Maklumat yang dipaparkan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
© 2021 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara.