Program Tajaan Biasiswa Di Bawah KPM

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) 

1.

Apakah itu Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)? 

 

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bertujuan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan unjuran keperluan bidang KPM. 

2.

Siapakah calon yang layak memohon? 

 

Permohonan dibuka kepada pelajar Universiti Awam (UA) yang mengambil jurusan pendidikan dan memenuhi syarat permohonan.  

3.

Apakah syarat permohonan?

 

Syarat-syarat permohonan adalah seperti yang berikut:

 

  • Calon mestilah Warganegara Malaysia; 

 

  • Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari tahun permohonan; 

 

  • Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; 

 

  • Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon; 

 

  • Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga;

 

  • Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada; dan

 

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

4.

Adakah biasiswa ini akan terikat dengan kontrak?

 

Ya. Pelajar tajaan juga perlu lulus proses temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam dan berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selama empat (4) tahun sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dengan syarat pelajar tamat dalam tempoh yang ditetapkan. 

5.

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?

 

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang KPM di alamat https://epenawaran.moe.gov.my tertakluk kepada tempoh yang diiklankan pada tahun semasa. 

6.

Apakah jenis tajaan yang terkandung dalam PISMP?

 

Jenis Elaun (1 semester) 

Aliran

Bandar

Luar Bandar

Elaun Sara Hidup

Sains

 RM 4,200.00  

 RM 3,570.00  

Sastera

RM 4,200.00

RM 3,570.00

Yuran Pengajian

Sains

RM 660.00 

Sastera

RM 550.00 

Elaun Buku

Sains

RM 300.00

Sastera

Elaun Kertas Projek

Sains

RM75.00

Sastera

Elaun Alat Perkakas

Sains

RM100.00

Sastera

RM50.00

Elaun Tesis

Sains & Sastera  

RM300.00

Elaun Latihan Amali / Praktikum  

Sains & Sastera

RM10.00/Hari

(Maksimum 90 Hari)

PROGRAM MYBRAIN15  

1. Apakah status program MyBrain yang telah diwujudkan sebelum ini bagi tajaan Biasiswa pelajar Ijazah, Sarjana dan Ph.D di Universiti Awam (UA)?

Pada masa ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada menawarkan tajaan Biasiswa Program MyBrainSc merangkumi peringkat pengajian dari Ijazah Pertama ke peringkat Ph.D bagi memenuhi keperluan bidang Sains Tulen. 

Selain daripada program MyBrainSc, Kementerian turut menjalankan operasi tajaan Biasiswa Program MyBrain15 yang merangkumi pelbagai bidang pengajian dari peringkat Sarjana ke Ph.D (termasuk Ph.D Industri) bagi baki 1,606 orang pelajar di bawah program MyBrain15 yang masih dalam tempoh penajaan sehingga tahun 2023. 

Walaupun Program MyBrain15 ditangguhkan pada tahun 2019, Kementerian masih meneruskan pemberian Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) kepada Universiti Awam di Malaysia yang dilihat mampu melahirkan pemegang Ph.D melalui pengajian peringkat pasca-siswazah.

2. Apakah KPM berhasrat untuk mengembalikan semula peruntukan Biasiswa Mybrain agar dapat melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkelulusan Sarjana dan Ph.D. 

KPM pada masa ini menguruskan dua (2) jenis program tajaan Biasiswa untuk orang awam iaitu:

(i)    Biasiswa MyBrain15; dan

(ii)    Biasiswa MyBrainSc.

Program Biasiswa MyBrain15 ditawarkan untuk pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti awam (UA) dalam negara.

Penawaran terakhir Program MyBrain15 adalah pada November 2016 dan Kementerian masih meneruskan pembiayaan sejumlah 1,606 orang pelajar MyBrain15 yang masih aktif sehingga tamat tempoh penajaan pada tahun 2023.

Tajaan Biasiswa MyBrainSc adalah difokuskan untuk bidang Sains Tulen sahaja (Fizik, Matematik, Kimia dan Biologi) bagi pelbagai peringkat pengajian dari Ijazah Pertama hingga Ph.D di universiti dalam dan luar negara.

Tawaran baharu Program MyBrainSc masih diteruskan seperti biasa. Manakala Program MyBrain15 adalah ditangguhkan. Kedua-dua program MyBrain adalah hanya subset kecil untuk menyokong objektif pelan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk mencapai sasaran melahirkan 60,000 orang graduan Ph.D warga negara Malaysia menjelang tahun 2025. Program-progam lain seperti tajaan MARA, JPA, SLAB/SLAI dan tajaan Biasiswa keguruan juga adalah antara penyumbang bagi mencapai sasaran ini.

Walaupun tawaran baharu Program MyBrain15 ditangguhkan pada masa ini, namun Kementerian masih meneruskan pemberian Fundamental Research Grant Scheme (FRGS). Ianya ditawarkan kepada semua universiti awam (UA) di Malaysia. Dana skim ini untuk tahun 2018 adalah sejumlah RM200 juta manakala untuk tahun 2019 pula ditambahkan sebanyak RM75.35 juta menjadikannya RM275.35 juta.

Pemberian geran penyelidikan ini dilihat mampu untuk melahirkan pemegang Sarjana dan Ph.D secara lebih bersasar dimana penyelia projek iaitu di kalangan profesor, pensyarah yang memantau supervisee atau pelajar seliaan mereka akan dipantau dengan lebih dekat melalui perkembangan projek penyelidikan. Ini seterusnya akan membantu melahirkan graduan dalam tempoh pengajian seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran universiti.

Selain daripada pelaksanaan kedua-dua program MyBrain dan pemberian geran penyelidikan dalam membantu melahirkan lebih ramai mahasiswa berkelulusan Sarjana dan Ph.D, KPM juga masih meneruskan pemberian biasiswa dan tajaan untuk 35 program tajaan biasiswa dalam perkhidmatan di bawah Kementerian untuk melahirkan lebih ramai pemegang Sarjana dan Ph.D daripada kalangan guru, pensyarah Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi dan UA seluruh negara dalam memenuhi keperluan perkhidmatan di KPM.

PROGRAM MYBRAINSc 

1.

Bagaimanakan cara untuk medapatkan makluman berkaitan dengan ProgramSc? 

 

Maklumat berkaitan dengan program MyBrainSc boleh dilayari di laman sesawang MyBrainSc di https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc/login.php 

2.

Apakah tatacara permohonan bagi biasiswa ini? 

 

Permohonan Biasiswa ini dibuka setahun sekali menerusi laman web rasmi Kementerian dan permohonan hendaklan dibuat secara online mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak Kementerian. 

3.

Siapakah yang layak memohon Biasiswa ini? 

 

Terbuka kepada warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah sepenuh masa dalam bidang sains tulen (fizik, kimia, matematik dan biologi) di IPTA atau university terkemuka dunia atau bertaraf ivy league. 

4.

Apakah tempat pengajian yang dibenarkan? 

 

(i)

Semua IPTA; dan

 

(ii)

Universiti terkemuka dunia yang terpilih dalam bidang sains tulen mengikut ranking semasa (Top QS ranking by subject). 

5.

Apakah kategori yang ada dalam permohonan bisiswa ini? 

 

Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD 

PROGRAM MALAYSIA INTERNATIONALSCHLORSHIP (MIS) 

1.

Adakah permohonan MIS hanya boleh dibuat melalui sistem online? 

 

Ya, permohonan hanya boleh dibuat melalui sistem online sahaja . 

2.

Dimana saya boleh memohon? 

 

Anda boleh memohon secara online di laman sesawang https://biasiswa.mohe.gov.my/INTER/index.php 

3.

Berapakah jumlah negara di bawah tajaan MIS? 

 

Biasiswa ini terhad kepada negara-negara yang telah menandatangani memorandum persefahaman (memorandum understanding atau MoU) dengan Malaysia dan mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia. 

4.

Apakah bidang pengajian yang ditawarkan? 

 

Bidang yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

 

  • Science and Engineering
  • Agriculture and Fisheries
  • Economics and Islamic Finance
  • Information and Communication Technology
  • Biotechnology
  • Biosecurity and food safety
  • Infrastructure and utility
  • Environmental studies
  • Health excluding nursing, medicine, clinical pharmacy 

5.

Menerusi perjanjian bersama IDB-MOE, adakah KPM menaja penuh atau yuran pengajian sahaja?

 

Mengenai perjanjian bersama IDB-MOHE, pihak KPM hanya menaja yuran     pengajian pelajar sahaja.

PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC) 

1.

Apakah itu Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC)?

 

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) adalah tajaan Biasiswa penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar cemerlang lepasan SPM dan Matrikulasi yang ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama di luar negara mengikut syarat yang ditetapkan khususnya bagi memenuhi keperluan perkhidmatan khususnya untuk perkhidmatan keguruan di KPM setelah pelajar tamat belajar kelak.

2.

Apakah bidang yang ditawarkan dalam tajaan Biasiswa Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) di bawah KPM? 

 

Untuk tahun 2019, bidang-bidang yang ditawarkan dalam Program PPC adalah terbahagi kepada yang berikut:

 

PPC Lepasan Matrikulasi: Bidang yang ditawarkan adalah semua bidang yang termasuk dalam kategori Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM).

 

PPC Pendidikan Islam: Bidang yang ditawarkan adalah bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab 

3.

Apakah syarat-syarat umum untuk memohon tajaan Biasiswa Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC)?

 

Calon-calon yang berminat untuk memohon penajaan di bawah program ini hendaklah pelajar lepasan SPM (Bagi program PPC Pendidikan Islam) dan pelajar Lepasan Matrikulasi (bagi Program PPC Matrikulasi). Calon-calon juga mestilah memenuhi syarat kelayakan permohonan seperti berikut: 

 

(I) Syarat Kelayakan PPC Pendidikan Islam:

a)            warganegara Malaysia;

b)            umur tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan;

c)            sihat tubuh badan;

d)            aktif dalam kegiatan kokurikulum;

e)            lulus SPM dalam Aliran Agama dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang;

f)              keutamaan diberikan kepada calon-calon berikut:

             i.       memperoleh gred cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Bahasa Inggeris dan Sejarah; dan

            ii.      Lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan Sekolah Menengah Harian yang mengikuti Kelas Aliran Agama (KAA).

 

(II) Syarat Kelayakan PPC Matrikulasi: 

  • warganegara Malaysia; 

  •  memperolehi PNGK 3.5 dan ke atas dalam Peperiksaan Semester 1 Program Matrikulasi (PSPM); 

  • memperoleh gred A bagi mata pelajaran dalam bidang pengajian yang dipilih dalam PSPM; 

  • memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam SPM; 

  • memperolehi sekurang-kurangnya Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET); dan 

  • memperoleh keputusan minimum B bagi Bahasa Inggeris 1119 dan English GCE-O Level di peringkat SPM dan skor 6.5 bagi IELTS.

4.

Apakah struktur pengajian yang ditawarkan dalam program di bawah Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) di bawah KPM? 

 

Struktur pengajian yang ditawarkan dalam program PPC ini adalah seperti butiran berikut: 

 

PPC Lepasan Matrikulasi: Satu (1) bulan persediaan di Malaysia, tiga (3) tahun di peringkat ijazah pertama di luar negara &  lapan belas (18) bulan di peringkat Diploma Pascasiswazah Pendidikan

 

PPC Pendidikan Islam: Satu (1) bulan persediaan di Malaysia, empat (4) tahun di peringkat ijazah pertama di luar negara & lapan belas (18) bulan di peringkat Diploma Pascasiswazah Pendidikan

5.

Apakah ikatan kontrak yang termaktub di dalam Perjanjian Biasiswa Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) setelah pelajar menamatkan pengajian?

 

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh KPM dan telah tamat jaya program ini adalah tertakluk kepada terma ikatan kontrak perjanjian KPM seperti berikut:

 

Pelajar perlu berkhidmat dengan Kerajaan di bawah Skim Perkhidmatan Perguruan setelah tamat pengajian.

 

Tempoh ikatan kontrak bersama kerajaan adalah selama lapan (8) tahun; dan

 

Pelajar yang melanggar kontrak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan perjanjian dengan bayaran ganti rugi kos sebenar.

6.

Adakah pihak KPM membenarkan saya menukar kursus, bidang atau universiti tanpa membatalkan penajaan saya?

 

Tidak. Sebarang pertukaran kursus, bidang atau universiti adalah tidak dibenarkan tanpa kelulusan daripada KPM terlebih dahulu. Permohonan haruslah dilakukan atas sebab-sebab yang kukuh dan munasabah. Ini adalah berikutan objektif asal penajaan PPC adalah bagi memenuhi unjuran keperluan keguruan di KPM dan perubahan yang dibuat oleh pelajar pastinya akan menjejaskan perancangan awal Kementerian. Penamatan dan tindakan penguatkuasaan perjanjian boleh dikenakan sekiranya pelajar melanggar mana-mana syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

  • Hits: 7730

Penafian

Paparan ini bertujuan hanya untuk memberi maklumat kepada orang awam mengenai peluang-peluang biasiswa dan pembiayaan pendidikan tinggi yang boleh didapati di Malaysia. Maklumat yang dipaparkan adalah sekadar untuk hebahan dan rujukan semata-mata.
Orang awam yang berminat terhadap biasiswa dan pembiayaan berdasarkan kepada padanan bidang dan pengajian yang dibuat boleh berhubung terus dengan agensi pemberi biaya masing-masing seperti pautan alamat agensi yang tertera. Setiap permohonan pembiayaan adalah tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh agensi tersebut dan KPM tidak mempunyai sebarang kuasa untuk meminda syarat-syarat yang telah ditetapkan.
KPM juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kerugian atau kesan negatif jangka pendek atau jangka panjang yang mungkin timbul daripada kekeliruan paparan maklumat yang dipaparkan.