Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)

1. Siapa yang layak memohon untuk tawaran program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia?

  • Pelawaan ini hanya meliputi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang berada dibawah kumpulan Pengurusan dan Profesional, Gred 41 dan ke atas yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.  

2. Saya amat berminat untuk memohon, namun saya berkhidmat dalam kumpulan sokongan. 

  • Program HLP ini ditawarkan kepada PPPT gred 41 dan ke atas untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D. Bagi pegawai dibawah kumpulan sokongan, program yang ditawarkan pada masa ini adalah tawaran Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) Tanpa Biasiswa. 

3. Antara syarat untuk memohon adalah sekurang-kurangnya telah berkhidmat selama 3 tahun pada tarikh tutup permohonan. Bolehkah tarikh lantikan dikira daripada jawatan/gred/skim lain sebelum jawatan sekarang?

  • Syarat 3 tahun berkhidmat tidak termasuk jawatan/gred/skim perkhidmatan terdahulu termasuk jawatan kontrak. Selain itu, tempoh perkhidmatan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional sahaja yang akan diambil kira.  

4. Bolehkah memohon tempat pengajian di Universiti selepas mendapat tawaran HLP? 

  • Boleh. Calon-calon masih boleh mendapatkan tempat pengajian semasa dalam tempoh sah tawaran sementara.  

5. Sekiranya telah ditawarkan HLP, bolehkah bidang pengajian ditukar? 

  • TIDAK DIBENARKAN. Penentuan bidang pengajian adalah berdasarkan keperluan KPM.  

6. Adakah calon wajib lulus terlebih dahulu TOEFL atau IELTS sebelum memohon HLP?

  • Calon tidak wajib menduduki ujian TOEFL atau IELTS lagi ketika permohonan program HLP ini tetapi calon hendaklah lulus ujian Bahasa Inggeris dengan skor minimum sama ada TOEFL 580 (Paper-Based) atau 230 (Computer-Based) atau 88 (Internet-Based) atau IELTS 6.5 sebelum memulakan pengajian kelak. 

7. Adakah ujian TOEFL dan IELTS perlu dipohon sendiri oleh pemohon? Dimana?

8. Apakah kemudahan dan elaun-elaun yang disediakan melalui HLP ini?

  • Kadar elaun & kemudahan akan dimaklumkan di dalam surat tawaran kepada calon yang berjaya.  

9. Berapakah tempoh penajaan bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana?

  • Pegawai dikehendaki berkhidmat dengan KPM berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan sebagaimana dalam Perjanjian yang telah ditandatangani. Keengganan pelajar untuk berkhidmat dengan KPM boleh menyebabkan tuntutan gantirugi dikenakan mengikut jumlah yang ditetapkan dalam Perjanjian.  

10. Adakah terdapat sebarang ikatan kontrak sekiranya berjaya ditawarkan HLP?

  • Ya. Tempoh ikatan kontrak tertakluk kepada terma perjanjian yang akan ditandatangani.  

11. Adakah pegawai dikehendaki berkhidmat dengan KPM selepas tamat tempoh pengajian?

  • Pegawai dikehendaki berkhidmat dengan KPM berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan sebagaimana dalam Perjanjian yang telah ditandatangani. Keengganan pelajar untuk berkhidmat dengan KPM boleh menyebabkan tuntutan gantirugi dikenakan mengikut jumlah yang ditetapkan dalam Perjanjian.  

12. Apakah kesan sekiranya saya menolak tawaran sementara HLP?

  • Sekiranya tuan/puan menarik diri atau menolak tawaran selepas tempoh yang dibenarkan, tindakan/penalti akan dikenakan.  

13. Bilakah bulan-bulan pembayaran elaun bagi biasiswa HLP?

  • Elaun dibawah program HLP akan dibayar secara pukal empat bulan sekali iaitu pada bulan Februari, Jun dan Oktober setiap tahun.
  • Hits: 2613

Penafian

Paparan ini bertujuan hanya untuk memberi maklumat kepada orang awam mengenai peluang-peluang biasiswa dan pembiayaan pendidikan tinggi yang boleh didapati di Malaysia. Maklumat yang dipaparkan adalah sekadar untuk hebahan dan rujukan semata-mata.
Orang awam yang berminat terhadap biasiswa dan pembiayaan berdasarkan kepada padanan bidang dan pengajian yang dibuat boleh berhubung terus dengan agensi pemberi biaya masing-masing seperti pautan alamat agensi yang tertera. Setiap permohonan pembiayaan adalah tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh agensi tersebut dan KPM tidak mempunyai sebarang kuasa untuk meminda syarat-syarat yang telah ditetapkan.
KPM juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kerugian atau kesan negatif jangka pendek atau jangka panjang yang mungkin timbul daripada kekeliruan paparan maklumat yang dipaparkan.