Persidangan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2019

Persidangan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2019
 
Penganjuran Persidangan PSH Peringkat Nasional Tahun 2019 dengan kerjasama semua kementerian pelaksana PSH bertemakan “Memupuk Budaya Pembelajaran Sepanjang Hayat: Ke arah Kesejahteraan Kehidupan Rakyat” telah dilaksanakan pada 7 November 2019 di Kompleks Perbadanan Putrajaya dan dirasmikan YB Timbalan Menteri Pendidikan (mewakili YB Menteri Pendidikan) berserta pelancaran Portal Nasional PSH. Jumlah kehadiran adalah seramai 600 orang peserta dari 14 buah kementerian termasuk jabatan dan agensi pelaksana PSH masing-masing, ahli akademik dari 20 buah Universiti Awam dan 6 buah institusi pendidikan tinggi swasta, wakil industri, badan bukan kerajaan (NGO), wakil komuniti serta pelajar-pelajar sekolah Putrajaya dan Banting, Selangor.
 
Objektif persidangan adalah :
(i) untuk mengupas isu dan cabaran PSH pada masa kini;
(ii) membincangkan strategi dan inisiatif baru PSH yang dapat membantu isu dan cabaran;
(iii) menggalakkan kerjasama antara pembekal PSH, agensi kerajaan, industri dan komuniti dan memberi manfaat kepada keadaan sosial dan ekonomi negara dan
(iv) mempromosikan PSH melalui pameran yang dilaksanakan oleh pembekal-pembekal PSH.
 
 
Pembangunan Semula Portal Nasional PSH
 
Seiring perkembangan Era Revolusi Industri 4.0, dalam memudahkan masyarakat mengetahui tentang program-program PSH, penggunaan portal PSH sebagai one stop center amat penting sebagai satu platform untuk menyelaraskan segala maklumat berkaitan PSH di peringkat nasional. Ini akan membantu memudahkan komuniti awam, akedemia dan industri untuk membuat rujukan mengenai pelaksanaan dan program-program PSH di Malaysia.
 
Pembangunan semula Portal Nasional PSH di bawah entiti KPM yang baharu telah dimulakan pada bulan Ogos 2019. Ianya dibangunkan secara in-house oleh Unit Aplikasi Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dengan kerjasama sokongan kemahiran teknikal oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), KPM. Portal Nasional PSH dengan alamat https://pshnasional.moe.gov.my ditadbir oleh BPPD dengan bantuan BPM, KPM, serta melibatkan semua kementerian pelaksana PSH sebagai pembekal maklumat program PSH mengikut skop dan fungsi masing-masing.
Portal ini secara rasminya telah dilancarkan oleh YB Timbalan Menteri Pendidikan, mewakili YB Menteri Pendidikan pada 7 November 2019 sempena Persidangan Pembelajaran Sepanjat Hayat Peringkat Nasional Tahun 2019 di Kompleks Perbadanan Putrajaya.
 
  • Hits: 740
FaLang translation system by Faboba

Hak Cipta Terpelihara© 2019.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan Terbaik Pada Resolusi 1920 x 1080

Tarikh Kemaskini 08 Julai 2020, 12:17.

Dasar Keselamatan   |   Dasar Privasi   |   Penafian