Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP)

JENIS BANTUAN:

  • Bantuan Umum

PENGENALAN :

  • Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan merupakan bantuan kewangan induk yang merangkumi 5 sub bantuan lain seperti berikut :-
    • BBTP :
      Kertas Ujian Dalaman, Kokurikulum, Sukan Tahunan Sekolah, Kegiatan Pend. Islam / Moral, Yuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan Insurans Takaful.
    • Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK).
    • Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA).
    • Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP).
    • Yuran Khas Sekolah (YKS).
  • Peruntukan ini bertujuan menampung kos tambahan bagi pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum dan sukan yang telah dirancang secara tahunan oleh pihak sekolah.

KADAR :

Bil. Sub Bantuan Kadar
1

BBTP

Prasekolah : RM1.50 / murid setahun
Rendah : RM24.50 / murid setahun
Menengah : RM33.50 / murid setahun

2 BKK

Rendah Aliran Perdana :  Purata RM8 / murid setahun
Menengah Aliran Perdana :   Purata RM10 / murid setahun
Rendah Pend. Khas : RM5,000 / sekolah setahun
Menengah Pend. Khas : RM10,000 / sekolah setahun

3 BKKA

Rendah: RM15.00 / murid setahun
Menengah: RM20.00 / murid setahun

4 BKKP Prasekolah : RM25 / murid setahun
5 YKS

Rendah: RM4.50 / murid setahun
Menengah: RM9.00 / murid setahun

PEMILIHAN :

  • BBTP - Berdasarkan enrolmen murid WARGANEGARA yang bersekolah di SK dan SBK.
  • BKK - Berdasarkan enrolmen murid di SK dan SBK.
  • BKKA - Berdasarkan enrolmen murid yang menetap di asrama di SK dan SBK.
  • BKKP - Berdasarkan enrolmen murid prasekolah di SK dan SBK.
  • YKS - Berdasarkan enrolmen murid di SK dan SBK.

KAEDAH PENYALURAN :

  • Transaksi terus ke akaun bank (Kumpulan Wang Sekolah) sekolah.
  • Hits: 25660

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 27 September 2023, 14:39.