Projek Khas Murid Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)

JENIS BANTUAN:

  • Bantuan Khusus

PENGENALAN :

  • Bantuan ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2003 yang bertujuan untuk meringankan kos yang ditanggung oleh murid miskin yang bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) termasuk untuk menampung yuran persekolahan, yuran peperiksaan, yuran asrama dan penyediaan keperluan asas sepanjang bersekolah di SBP.

KADAR :

  • Tingkatan 1 : RM700.00 seorang murid setahun.
  • Tingkatan 2 : RM300.00 seorang murid setahun.
  • Tingkatan 3 : RM350.00 seorang murid setahun.
  • Tingkatan 4 : RM500.00 seorang murid setahun.
  • Tingkatan 5 : RM450.00 seorang murid setahun.

PEMILIHAN :

  • Murid warganegara Malaysia Tingkatan 1 hingga 5 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
  • Pendapatan ibu bapa/penjaga di paras miskin / berpendapatan rendah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional Semasa.

KAEDAH PENYALURAN :

  • Bantuan disalurkan oleh KPM kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) untuk disalurkan ke SBP.
  • Hits: 2701
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 21 Ogos 2019, 14:25.