Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)

JENIS BANTUAN:

  • Bantuan Umum

PENGENALAN :

  • Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan ke semua kelas prasekolah di  Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) berdasarkan enrolmen murid prasekolah pada tahun semasa Peruntukan ini bertujuan menampung kos penyediaan makanan berkhasiat bagi murid prasekolah.

KADAR :

  • Semenanjung : RM2.00/hari x 200 hari setahun.
  • Sabah, Sarawak dan WP Labuan : RM2.25/hari x 200 hari setahun.

PEMILIHAN :

  • Berdasarkan enrolmen murid prasekolah yang bersekolah di SK dan SBK.

KAEDAH PENYALURAN :

  • Transaksi terus ke akaun bank (Kumpulan Wang Sekolah) sekolah.
  • Hits: 982
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 21 Ogos 2019, 14:25.