• Anugerah Tokoh Harapan Bahasa Melayu

    Pengenalan, Syarat Penyertaan, Peraturan dan Tatacara Permohonan, Kriteria Penilaian, Pengabsahan, Nilai Hadiah, Muat Turun

Pengenalan

  • 1. Bertujuan mengiktiraf ahli akademik muda yang berkemampuan dan berkaliber dalam memartabatkan bahasa Melayu.
  • 2. Diwujudkan selaras dengan kategori di bawah AAN bagi memberi galakan kepada ahli akademik muda.
  • 3. Kumpulan sasar ialah ahli akademik di Universiti Awam (UA) yang berumur 40 tahun ke bawah pada 1 Januari tahun permohonan dibuat.

Syarat Penyertaan

  • 1. Warganegara Malaysia ;
  • 2. Ahli akademik yang telah berkhidmat kurang dari lapan tahun (8) tahun secara kumulatif ;
  • 3. Setiap universiti layak mencalonkan SATU (1) orang sahaja ;
  • 4. Mempunyai personaliti yang unggul ;
  • 5. Memperoleh markah sekurang-kurangnya 85% dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) mutakhir ; dan
  • 6. Memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan.

Peraturan dan Tatacara Permohonan

  • 1. Pemohon hendaklah mendaftarkan pencalonan melalui Borang Pendaftaran Online di http://www.moe.gov.my/atabm
  • 2. Selepas membuat pendaftaran online, pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan terkini yang boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/atabm. Setiap pencalonan hendaklah disertakan dengan butiran seperti dalam Borang ATABM-Harapan yang disediakan dan permohonan yang tidak menggunakan borang yang disediakan tidak akan dinilai
  • 3. Borang permohonan mestilah diisi dengan lengkap mengikut format yang ditetapkan dan disertakan dengan dokumen sokongan serta bukti yang sah. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  • 4. Permohonan hendaklah diperakukan oleh ketua tertinggi organisasi berkenaan, seperti Naib Canselor (NC)/Rektor/Ketua Pengarah (KP)/Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) atau wakil yang menjalankan tugasnya atau pemangkunya. Sekiranya borang permohonan ditandatangani oleh wakil/pemangku NC/Rektor/KP/Pengarah/KPE surat penurunan kuasa daripada NC/Rektor/KP/Pengarah/KPE perlu disertakan.
  • 5. Sekiranya pemohon ialah ketua tertinggi organisasi berkenaan, seperti NC/Rektor/KP/Pengarah/KPE menjadi calon, maka borang pencalonan hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU)/ Presiden/Ketua Setiausaha (KSU)/Pengerusi Lembaga Pengarah organisasi.
  • 6. Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Penerima Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu tidak boleh memohon. Sekiranya ada yang ingin memohon, maka beliau hendaklah melepaskan keahlian dalam jawatankuasa.
  • 7. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu dan tidak tepat, Kementerian Pendidikan Malaysia berhak untuk menarik balik anugerah.
  • 8. Permohonan dalam satu bentuk salinan keras dan satu bentuk salinan lembut (lengkap bersama dokumen bukti) hendaklah dihantar kepada Urus Setia ATABM, KPM sebelum atau pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut :
  • Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 13, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 PUTRAJAYA. (u.p.: Urus Setia Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu)
  • Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kriteria Penilaian

  • Penilaian dilaksanakan dengan mengutamakan prestasi TIGA (3) tahun mutakhir berdasarkan kepada kriteria berikut :
  • 20% | Pengajaran

    Pengajaran dalam disiplin ilmunya menggunakan bahasa Melayu pada peringkat pengajian doktor falsafah, sarjana, sarjana muda atau diploma.

  • 20% | Penerbitan

    Penerbitan dalam bentuk bahan-bahan berwasit yang berimpak tinggi dalam bahasa Melayu daripada pelbagai sumber :

    • buku atau e-buku (sebagai penulis utama) ;
    • buku atau e-buku (sebagai penyunting) ;
    • bab dalam buku atau e-buku (sebagai penulis utama) ;
    • makalah jurnal (sebagai penulis utama) ;
    • laporan teknikal (berasaskan penyelidikan atau perundingan) ;
    • karya terjemahan dalam bahasa Melayu ; dan
    • penerbitan-penerbitan lain (majalah, akhbar, buletin dan media lain).
  • 20% | Pengiktirafan dan Sanjungan

    Anugerah dan sanjungan yang diterima pada peringkat institusi, kebangsaan atau antarabangsa berasaskan sumbangan dalam memartabatkan bahasa Melayu, termasuk penyampai ucaptama, penceramah undangan, panel pakar rujuk, lembaga pengarang jurnal, pewasit makalah dan buku, pemeriksa tesis, penilai program akademik, penilai kenaikan pangkat,  penilai sekepakaran dan penampilan dalam media.

  • 15% | Penyeliaan

    Hasil penyeliaan tesis atau projek tahun akhir dalam bahasa Melayu (sebagai penyelia utama) bagi pelajar pada peringkat pengajian doktor falsafah, sarjana, sarjana muda dan atau diploma.

  • 10% | Penyelidikan

    Penyelidikan yang berwibawa dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana pada peringkat institusi, kebangsaan atau antarabangsa.

  • 5% | Khidmat Perundingan dan Inovasi

    Khidmat perundingan dalam bahasa Melayu yang disumbangkan kepada mana-mana pihak yang membawa dampak kepada organisasi. Manakala inovasi ialah hasil inovasi dalam bentuk produk atau perkhidmatan dalam bahasa Melayu yang berimpak tinggi.

  • 5% | Jawatan Pentadbiran dan APC

    Jawatan pentadbiran yang disandang pada peringkat institusi seperti Pengerusi Jawatankuasa peringkat fakulti, Penyelaras/Ketua Program, Penyelaras peringkat Jabatan atau Fakulti, Ketua Jabatan, Timbalan Pengarah/ Timbalan Dekan, Pengarah, dan lain-lain. Kriteria ini juga mengambil kira Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang dianugerahkan oleh organisasi.

  • 5% | Khidmat Ikhtisas dan Khidmat Masyarakat

    Khidmat ikhtisas yang berdasarkan bidang kepakaran dan khidmat masyarakat di luar bidang tugas.

Pengabsahan

  • Melaksanakan pengabsahan melalui temu bual bagi tujuan pemilihan tokoh. Sekiranya prestasi calon semasa temu bual tidak sejajar dengan markah penilaian bertulis, maka calon kedua tertinggi boleh dipertimbangkan untuk pengabsahan.

Nilai Hadiah

  • 1. Sijil Penghargaan.
  • 2. Piala Iringan.
  • 3. Wang Tunai (RM15,000.00).

Muat Turun

Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu

Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)