• Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan

    Pengenalan, Syarat Penyertaan, Peraturan dan Tatacara Permohonan, Kriteria Penilaian, Nilai Hadiah, Muat Turun

Pengenalan

  • Mewujudkan Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan bagi menghargai sumbangan guru dalam memartabatkan bahasa Melayu.

Syarat Penyertaan

  • 1. Warganegara Malaysia ;
  • 2. Warga Sektor Pendidikan yang masih berkhidmat tidak termasuk di IPTA dan IPTS selama sekurang-kurangnya (15) tahun secara kumulatif ;
  • 3. Terlibat secara aktif dalam kegiatan kebahasaan pada peringkat antarabangsa/ kebangsaan/ negeri/ daerah/ institusi ;
  • 4. Menghasilkan bahan ilmiah / penulisan / penerbitan / kajian / pembentangan dan sebagainya yang berwibawa berkaitan/menggunakan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa/ kebangsaan/ negeri/ daerah/ institusi ; dan
  • 5. Mendapat pengiktirafan berasaskan sumbangannya dalam memartabatkan bahasa Melayu yang diterima pada peringkat antarabangsa/ kebangsaan / negeri / daerah / institusi.
  • 6. Pendidik daripada semua disiplin ilmu.

Peraturan dan Tatacara Permohonan

  • 1. Pemohon hendaklah mendaftarkan pencalonan melalui Borang Pendaftaran Online di http://www.moe.gov.my/atabm.
  • 2. Selepas membuat pendaftaran online, pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan terkini yang boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/atabm. Setiap pencalonan hendaklah disertakan dengan butiran seperti dalam Borang ATABM-SP yang disediakan dan permohonan yang tidak menggunakan borang yang disediakan tidak akan dinilai.
  • 3. Borang permohonan mestilah diisi dengan lengkap mengikut format yang ditetapkan dan disertakan dengan dokumen sokongan serta bukti yang sah. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  • 4. Permohonan hendaklah diperakukan oleh ketua tertinggi organisasi berkenaan, seperti Pengarah/Setiausaha Bahagian/Rektor IPGM, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri atau wakil yang menjalankan tugasnya atau pemangkunya. Sekiranya borang permohonan ditandatangani oleh wakil/pemangku Pengarah/Setiausaha Bahagian/Rektor IPGM, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri surat penurunan kuasa daripada Pengarah/Setiausaha Bahagian/Rektor IPGM, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri perlu disertakan.
  • 5. Sekiranya pemohon ialah ketua tertinggi organisasi berkenaan, seperti Pengarah/Setiausaha Bahagian/Rektor IPGM, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri menjadi calon, maka borang pencalonan hendaklah ditandatangani oleh KSU/Ketua Perkhidmatan atau Presiden/Yang Dipertua Kesatuan/Persatuan Guru.
  • 6. Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Penerima Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu tidak boleh memohon. Sekiranya ada yang ingin memohon, maka beliau hendaklah melepaskan keahlian dalam jawatankuasa.
  • 7. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu dan tidak tepat, Kementerian Pendidikan Malaysia berhak untuk menarik balik anugerah.
  • 8. Permohonan dalam satu bentuk salinan keras dan satu bentuk salinan lembut (lengkap bersama dokumen bukti) hendaklah dihantar kepada Urus Setia ATABM, KPM sebelum atau pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut :
  • Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8 Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya (u.p.: Urus Setia Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu)
  • E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kriteria Penilaian

  • Penilaian dilaksanakan dengan mengutamakan prestasi TIGA (3) tahun mutakhir berdasarkan kepada kriteria berikut :
  • 25% | Pengajaran dan Pembelajaran

    Pengajaran dalam disiplin ilmu dengan menggunakan bahasa Melayu pada peringkat pengajian sarjana muda, diploma, sijil, sekolah menengah dan sekolah rendah.

  • 15% | Penyelidikan / Inovasi Pendidikan

    Penyelidikan / inovasi pendidikan dalam bahasa Melayu yang berdampak tinggi sama ada dalam bentuk produk atau perkhidmatan.

  • 10% | Penerbitan

    Penerbitan dalam bentuk bahan-bahan berwasit dan pembentangan kertas kerja yang berdampak tinggi dalam bahasa Melayu.

    • buku atau e-buku (sebagai penulis utama/penyunting/penterjemah) ;
    • laporan teknikal/makalah jurnal (sebagai penulis utama) ; dan
    • penerbitan lain (majalah, akhbar, buletin penyiaran dan portal).
  • 10% | Penyeliaan dan Bimbingan

    Hasil penyeliaan tesis/ praktikum dalam bahasa Melayu bagi pelajar pada peringkat pengajian, sarjana muda, diploma, sijil, sekolah menengah dan sekolah rendah.
    Tugasan bimbingan dalam bahasa Melayu meliputi aktiviti akademik dan kokurikulum.

  • 10% | Khidmat Ikhtisas dan Khidmat Masyarakat

    Khidmat ikhtisas yang berdasarkan bidang kepakaran dan khidmat masyarakat di luar bidang tugas.

  • 10% | Penghasilan Modul

    Penghasilan Modul PdP dalam bahasa Melayu yang diperakukan oleh ketua jabatan/ ketua bahagian institusi masing-masing.

  • 8% | Pengiktirafan dan Sanjungan

    Anugerah dan sanjungan berasaskan sumbangan dalam memartabatkan bahasa Melayu yang diterima pada peringkat institusi, kebangsaan atau antarabangsa, termasuk penyampai ucaptama, penceramah undangan, panel pakar rujuk, lembaga pengarang jurnal, projek akhir, penilai program akademik, penilai kenaikan pangkat,  penilai sekepakaran, pengacaraan dan penampilan dalam media.

  • 5% | Khidmat Perundingan

    Khidmat perundingan dalam bahasa Melayu yang disumbangkan kepada mana-mana pihak yang membawa dampak kepada organisasi.

  • 5% | Pentadbiran

    Jawatan pentadbiran yang disandang pada peringkat institusi seperti Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan, Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Ketua Bidang, Guru Kanan, Ketua Panitia dan lain-lain.

  • 2% | Pencapaian Cemerlang

    Perkhidmatan cemerlang yang dianugerahkan secara tahunan (APC/ PPC).

Nilai Hadiah

  • 1. Sijil Penghargaan.
  • 2. Piala Iringan.
  • 3. Wang Tunai (RM15,000.00).

Muat Turun

Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu

Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)