Hebahan Untuk Soal Selidik Kajian Hala Tuju PSH Di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN), Universiti Sains Malaysia (USM) sedang berkerjasama dengan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar (BPPD), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelaksanaan kajian mengenai "Hala Tuju Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Malaysia".

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai inisiatif semasa agenda PSH di Malaysia dan merencana dasar PSH 2020. Kami menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam soal selidik dalam talian (online) ini. Semua soalan yang terkandung dalam soal selidik ini adalah sulit dan hanya untuk kegunaan penyelidikan ini. Soal selidik kajian ini akan mengambil masa tidak lebih daripada 10 minit.

Sekian, kerjasama Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pautan untuk ke soal selidik kajian atas talian adalah seperti berikut:

Pautan untuk Pengajar:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfJpcqjslK4SaUERAAilNsuMfoQXuIT1bpFl4ENklOGPN4RfA/viewform

Pautan untuk Pelajar:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeuk1G05UVd8ktbjFjF4Q-Is0FBng6ViOearAOvNtT__vx8xw/viewform

Pautan untuk Orang Awam:

http://bit.ly/SurveiPSHawam

  • Hits: 566
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 Februari 2020, 18:32.