KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Kementerian Sumber Manusia atau singkatannya KSM adalah kementerian yang bertanggungjawab kepada pembangunan kemahiran, pekerjaan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kesatuan sekerja, perhubungan perusahaan, maklumat dan analisis pasaran buruh dan keselamatan sosial.

VISI

Peneraju pembangunan dan pengurusan sumber manusia negara.

MISI

  • Membangunkan dan melahirkan modal insan yang kompeten, produktif, responsif dan berdaya tahan dalam pasaran buruh negara ke arah meningkatkan produktiviti negara;
  • Memastikan kelancaran operasi pasaran buruh negara;
  • Meningkatkan kebolehpasaran pekerja dan penggajian tenaga kerja tempatan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja negara;
  • Memastikan perhubungan perusahaan yang harmoni dan kondusif;
  • Mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan; dan
  • Memastikan jaringan keselamatan sosial yang komprehensif, dinamik dan progresif.

PELANGGAN

  • Pekerja;
  • Majikan sektor swasta;
  • Pemohon pekerjaan;
  • Pelatih kemahiran; dan
  • Penyedia latihan kemahiran

AGENSI PELAKSANA PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) DI KSM

  • Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK)
    • Program SLDN dan PPT
  • Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
    • Kursus upskilling dan reskilling tenaga pengajar
    • Kursus latihan fasilitator / tenaga pengajar
  • Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
    • Kursus Modular
    • Kursus Customised
    • Kursus Profesional
    • Kursus Sepenuh Masa
  • Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
    • Skim PSMB menggunakan Levi KWPSM
    • Inisiatif Strategik Modal Insan PSMB
  • Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)
    • Persijilan / Kelayakan (Kompetensi)
    • Kejurulatihan
    • Passport Keselamatan
    • Pengamal KKP / Umum
  • Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
    • Mengurus pembiayaan pinjaman latihan kemahiran berdasarkan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Akta Tabung Pembangunan Kemhiran 2004 (Akta 640).
  • Hits: 1317
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 Februari 2020, 18:32.