Persidangan PSH 2019

PERSIDANGAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
PERINGKAT NASIONAL TAHUN 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Persidangan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional Tahun 2019 yang akan dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee Bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia akan diadakan pada 7 November 2019 (Khamis) jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut adalah:

    • Pelancaran Portal Nasional PSH;
    • Forum PSH bertajuk “Gerbang Masa Depan Untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat Alaf Ke-21”;
    • Sesi Success Story Ikon PSH; dan
    • Pameran PSH dari pelbagai kementerian / agensi pelaksana PSH

Sekian, terima kasih

Bahagian Perancangan Dan Penyelarasan Dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sekretariat Nasional PSH

  • Hits: 1459

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 27 Mei 2020, 10:55.