NAMA RAMZI BIN ABDUL RANI
UMUR 39 Tahun
ALAMAT / ASAL  KUANTAN, PAHANG
KATEGORI REMAJA / DLL (DEWASA / BELIA)
KEMENTERIAN / JABATAN / AGENSI
BAGI PROGRAM PSH YANG DIAMBIL
ADTEC KEMAMAN / JTM
BIDANG / PROGRAM PSH YANG DIAMBIL CHARGEMAN B0 – 11kV
PENERIMA BANTUAN (JIKA ADA) TIADA
BANTUAN AGENSI LAIN (JIKA ADA) TIADA
PENDAPATAN / KEADAAN
SEBELUM MENGIKUTI PROGRAM PSH
RM 10,000.00 / BULAN
PENDAPATAN / KEADAAN
SELEPAS MENGIKUTI PROGRAM PSH
RM 15,000.00 / BULAN

PENGALAMAN MEMBINA KEJAYAAN MASA KINI :

Che Ramzi Bin Abdul Rani berasal dari Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang. Di peringkat menengah persekolahan, beliau telah memilih bidang vokasional dengan mengikuti Kursus Pemesinan di Sekolah Vokasional Kemaman. Setelah menamatkan SPMV, beliau tetap memilih aliran kemahiran sebagai haluan pembelajaran, namun berubah bidang dengan mengikuti kursus Teknologi Elektrik di IKM Sg. Petani selama 2 tahun. Beliau menamatkan pengajian dan berjaya memperolehi kompetensi Pendawaian Elektrik PW4 pada tahun 2000.

Sejurus tamat belajar, beliau memulakan kerjaya sebagai Juruteknik Penyelenggaraan E & I di Syarikat MS-Technique Engineering & Construction Sdn. Bhd. di Gebeng, Pahang. Memiliki kemahiran dalam dua bidang berbeza iaitu elektrik dan pemesinan memberi kelebihan kepada beliau diterima bekerja. Setelah 2 tahun berkhidmat di bawah majikan, beliau mula bekerja sendiri mengambil upah mengurus dan menjalankan projek pendawaian elektrik di samping berniaga kedai makan nasi dagang. Pada tahun 2008, beliau secara rasmi menubuhkan syarikat perniagaan berdaftar Prima Emas Enterprise yang berkelayakan menjalankan kerja-kerja kejuruteraan elektrik, awam dan mekanikal. Syarikat beliau juga berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sebagai Kontraktor Elektrik.

Bagi meluaskan skop projek yang kompeten untuk dijalankan oleh sesebuah syarikat, beliau perlu menaiktaraf kompetensi seperti syarat ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Oleh itu beliau telah mengikuti kursus Penjaga Jentera Elektrik A4 secara separuh masa dan berjaya mendapat kompetensi pada tahun 2011. Pada tahun 2018 beliau mendapat perkhabaran ADTEC Kemaman mula menawarkan kursus separuh masa Penjaga Jentera Elektrik B0 – 11 kV. Beliau telah mendaftar untuk mengikuti kursus tersebut dan sanggup menanggung perbelanjaan sendiri membiayai yuran kursus sebanyak RM17,000.00 per peserta. Beliau telah berjaya kompeten sebagai Penjaga Jentera Elektrik B0 – 11kV pada tahun 2018.

Dengan kompetensi yang dimiliki, beliau kini dapat menjana pendapatan lebih tinggi untuk syarikat dan mampu meluaskan skop bidaan projek voltan tinggi sehingga 11kV yang kini masih ketandusan individu kompeten dalam bidang tersebut.

  • Hits: 1954

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 30 November 2020, 23:01.