NAMA CHE HASAN BIN IBRAHIM
UMUR 59 Tahun
ALAMAT / ASAL KOTA BHARU, KELANTAN
KATEGORI WARGA EMAS
KEMENTERIAN / JABATAN / AGENSI
BAGI PROGRAM PSH YANG DIAMBIL
ADTEC KEMAMAN / JTM
BIDANG / PROGRAM PSH YANG DIAMBIL CHARGEMAN B0 – 11kV
PENERIMA BANTUAN (JIKA ADA) TIADA
BANTUAN AGENSI LAIN (JIKA ADA)  TIADA
PENDAPATAN / KEADAAN
SEBELUM MENGIKUTI PROGRAM PSH
 RM 4,800.00 / BULAN
PENDAPATAN / KEADAAN
SELEPAS MENGIKUTI PROGRAM PSH
 RM 8,500.00 / BULAN

PENGALAMAN MEMBINA KEJAYAAN MASA KINI :

Che Hasan Bin Ibrahim dilahirkan di Kota Bharu Kelantan dan kini menetap di Pasir Tumbuh, Kota Bharu Kelantan. Beliau merupakan bekasan tentera. Beliau telah mengikuti latihan kemahiran di ILP Kota Bharu dalam bidang Teknologi Elektrik selama 2 tahun secara sepenuh masa sebelum bersara dalam perkhidmatan ketenteraan. Keputusan memilih kursus Teknologi Elektrik sangat menepati kebolehan dan minat beliau yang seterusnya berjaya memperolehi Sijil Pendawaian Elektrik PW4 pada tahun 2005. Beliau seterusnya telah menubuhkan syarikat Cahaya Hasan Elektrik dan telah menjalankan banyak projek pendawai bangunan. Setelah memperolehi pengalaman kerja yang mencukupi, beliau seterusnya mengikuti program kursus Penjaga Jentera Elektrik A4 secara separuh masa dan berjaya mendapat kompetensi pada tahun 2008. Dengan memiliki kompetensi yang lebih tinggi, beliau layak mengendalikan jentera elektrik serta dapat menjalankan projek dengan skala voltan 400V yang seterusnya dapat menjana pendapatan yang lebih baik.

Pada tahun 2018 beliau mendapat perkhabaran ADTEC Kemaman mula menawarkan kursus separuh masa Penjaga Jentera Elektrik B0 – 11 kV. Walaupun usia beliau telah pun menginjak 58 pada tahun tersebut, beliau tidak putus semangat, sebaliknya telah mendaftar untuk mengikuti kursus Penjaga Jentera Elektrik B0 dan sanggup menanggung perbelanjaan sendiri membiayai yuran kursus sebanyak RM17,000.00 per peserta. Selain pembiayaan nilai yuran yang tinggi, beliau juga sanggup bersusah payah mengharungi perjalanan pergi dan balik sejauh 600km dari Kota Bharu ke Kemaman setiap minggu untuk menghadiri latihan pada hari jumaat & sabtu. Kos perjalanan dan penginapan juga perlu beliau tanggung sendiri di samping keletihan memandu untuk tiba ke destinasi tujuan sepanjang tempoh latihan yang mengambil masa selama 9 bulan. Berkat kegigihan dan kesabaran tanpa mengenal penat lelah, beliau akhirnya berjaya memperolehi kompetensi sebagai Penjaga Jentera Elektrik B0 11kV pada tahun 2018 di usia 58 tahun.

Kesungguhan beliau menimba ilmu dengan menaiktaraf kompetensi kerjaya seharusnya dicontohi ramai pihak khususnya generasi muda. Dengan kompetensi yang kini beliau miliki, beliau dapat menjana pendapatan lebih tinggi untuk syarikat dan mampu meluaskan skop bidaan projek untuk voltan tinggi 11kV yang kini masih ketandusan individu yang kompeten dalam bidang tersebut. Persaingan rendah, pendapatan bertambah.

 

  • Hits: 1315
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 Mac 2020, 07:14.