ANTARABANGSA

Pelajar Antarabangsa

Malaysian International Scholarship (MIS)

KLUSTER ANTARABANGSA

=======================================================================

MALAYSIAN INTERNATIONAL SCHOLARSHIP (MIS)

Biasiswa MIS ditawarkan selaras dengan hasrat kerajaan untuk menarik dan mengekalkan modal insan terbaik dari luar negara. Kumpulan sasaran ialah pelajar antarabangsa yang cemerlang di peringkat akademik dan juga ko-kurikulum untuk melanjutkan pengajian di Malaysia.

Kadar biasiswa/ pembiayaan/bantuan:

YURAN: Tajaan penuh dan Elaun Sara Hidup

Syarat Kelayakan:

  • Pelajar Antarabangsa
  • UMUR

<40 tahun (Sarjana)

<45 tahun PHD)

  • Sudah mendapat tawaran kemasukan Universiti
  • IELTS/ TOEFLS: > 6.5
  • CGPA: > 3.50

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 1
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Tel: 03-88706365/ 03-88706346

========================================================================

Islamic Development Bank (MIS-IDB)

KLUSTER ANTARABANGSA

=======================================================================

ISLAMIC DEVELOPMENT BANK (MIS-IDB)

Tajaan biasiswa adalah selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk menarik minat pelajar antarabangsa dan mengekalkan modal insan terbaik dari luar negara terutamanya dari Muslim Communities in IDB Non-Member Countries.

Matlamat:

Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat, memelihara dan memulihara identiti bangsa, kebudayaan dan keagamaan komuniti Muslim bagi negara bukan anggota menerusi pembangunan modal insan yang cemerlang.

Kadar Biasiswa/ Pembiayaan/ Bantuan:

Yuran pengajian / Tuition Fees

Syarat Kelayakan:

  • berumur tidak melebihi 24 tahun
  • pencapaian akademik peringkat menengah / pra universiti dengan gred cemerlang dalam mata pelajaran Sains dan Bahasa
  • telah mendapat tempat pengajian dalam bidang yang diiktiraf oleh program IDB
  • Tidak menerima penajaan dari mana-mana penaja
  • komited

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 1
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Tel: 03-88706365/ 03-88706346

========================================================================

Commonwealth Scholarship And Fellowship Plan (MIS-CSFP)

KLUSTER ANTARABANGSA

=======================================================================

COMMONWEALTH SCHOLARSHIP AND FELLOWSHIP PLAN (MIS-CSFP)

Tajaan biasiswa ini dikhaskan kepada pelajar luar negara/ antarabangsa yang cemerlang di peringkat akademik dan juga ko-kurikulum dari kumpulan negara-negara Komanwel. Ianya untuk menarik minat pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia serta menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan bertaraf dunia.

Matlamat:

Meningkatkan kualiti kajian penyelidikan yang mampu memberi sumbangan kepada Malaysia dan negara asal pelajar.

Kadar Biasiswa/ Pembiayaan/ Bantuan:

  • Yuran Tajaan penuh
  • Elaun Sara Hidup

Syarat kelayakan:

  • Pelajar antarabangsa dari negara-negara Komanwel selain Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 40 tahun bagi peringkat Sarjana dan tidak melebihi 45 tahun bagi peringkat PHD
  • Sudah mendapat tawaran kemasukan Universiti
  • Pencapaian IELTS/ TOEFLS: > 6.5
  • Pencapaian CGPA: > 3.50

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 1
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Tel: 03-88706365/ 03-88706346

========================================================================

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 Februari 2020, 18:32.