KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

BILPROGRAM

1.

LATIHAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN “UPSCALING SKILLS ENHANCE A BUSINESS GROWTH”

•         Seminar bagi memberi pendedahan kepada usahawan PKS mengenai peranan dan program Kementerian serta perkongsian maklumat daripada pelbagai agensi Kerajaan lain dalam meningkatkan pengetahuan dan daya saing usahawan PKS.

•         Kursus yang merangkumi pelbagai modul dalam membantu dan membimbing usahawan PKS mengembangkan lagi perniagaan dengan memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memasuki pasaran khususnya hypermarket di Malaysia

2.

PROGRAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN MELALUI KERJASAMA STRATEGIK DENGAN PIHAK COCA-COLA

•         Program Coca-ColaKU via KPDNHEP telah dibangunkan melalui kerjasama KPDNHEP bersama syarikat multinasional Coca-Cola Malaysia yang dikhususkan kepada semua yang berminat menceburi bidang keusahawanan di negara ini tanpa mengira peringkat umur

•         Program usahasama Coca –ColaKU via KPDNHEP ini adalah program pembangunan perniagaan yang digarap secara komprehensif dan efektif.   Para perserta akan diberi pendedahan melalui kaedah penguasaan asas perniagaan, informasi dan advokasi keusahawanan menggunakan model perniagaan Coca-Cola dengan disuntik acuan keusahawanan KPDNHEP. Pendekatan ini mampu menawarkan pengalaman serta memberikan inspirasi kepada golongan yang baru menceburkan diri dalam dunia perniagaan

3.

PROGRAM SKIM LATIHAN FRANCAIS (SLF)

•         Memantapkan pengetahuan dan kemahiran pemain francais di Malaysia.

•         Memperkasakan dan menyokong pembangunan industri francais di Malaysia.

•         Menyediakan platform bimbingan dan pengetahuan yang komprehensif dan terkini kepada francaisor untuk terus berdayasaing.

  • Hits: 1367
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 Februari 2020, 18:32.