KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) KKM

Program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) yang dijalankan di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah lebih mengutamakan kepada peningkatan kemahiran klinikal serta pengukuhan pengetahuan kesihatan dan perubatan dalam kalangan kakitangan kementerian yang bertugas di lapangan samada di hospital, klinik mahupun agensi kesihatan yang lain. Namun demikian, peluang juga terbuka bagi pengamal dan jururawat swasta untuk mendapatkan latihan di Institusi Latihan Kemententerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang terdapat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Sehingga kini, lebih daripada 100 kursus latihan posbasik bertaraf diploma lanjutan dan sijil pengkhususan di tawarkan dalam 45 program meliputi bidang kejururawatan, perubatan dan sains kesihatan.

Kakitangan awam dan swasta yang layak boleh memohon melalui portal permohonan atas talian dengan syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan.

 

 

  • Hits: 2434
FaLang translation system by Faboba

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Julai 2020, 12:17.