Konsep dan Definisi PSH

Berdasarkan sistem pendidikan Malaysia, PSH menjadi "tonggak ketiga" untuk menggerakkan pembangunan modal insan di negara ini selepas sistem sekolah dan pendidikan tertiari.

Oleh itu, definisi PSH berdasarkan Pelan Induk Pembudayaan PSH Peringkat Nasional 2011 -  2020 ialah “pembelajaran yang disertai oleh mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun ke atas kecuali pelajar profesional.”

Pelajar profesional adalah mereka yang mengikuti kursus sepenuh masa di sekolah, kolej atau universiti dengan tujuan untuk memperoleh kelayakan akademik atau kemahiran. Ia berdasarkan kepada umur produktif penduduk Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas yang masih mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

PSH juga berkisar tentang pemberian ‘peluang kedua’ untuk meningkatkan kemahiran asas dan penawaran peluang belajar di peringkat lebih tinggi. Peluang pembelajaran sepanjang hayat mestilah diberikan kepada semua lapisan masyarakat (keterangkuman) untuk mewujudkan individu yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkemahiran yang dapat menyumbang kepada ekonomi negara.