FORMAL

Di Malaysia, pembelajaran sepanjang hayat merangkumi aktiviti yang dijalankan di institusi pembelajaran formal yang memberikan pentauliahan atau kelayakan yang tertentu (Khairuddin Idris, 2004).

Program / aktiviti PSH formal adalah berstruktur dan tersusun, dengan objektif dan hasil pembelajaran yang jelas untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran dan / atau kecekapan. Ini merangkumi pembelajaran yang dilakukan di institusi pengajian yang memberikan pengiktirafan formal pelbagai peringkat seperti sijil dan diploma di kolej komuniti dan politeknik, diploma eksekutif, ijazah sarjana muda dan pascasiswazah yang ditawarkan oleh universiti awam dan swasta.

  • Hits: 1948
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 28 Mac 2020, 08:30.