DALAM PERKHIDMATAN

GURU

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) PPP

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)

========================================================================

KPM menawarkan penajaan skim HLP dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBT) bagi pengajian kursus jangka panjang secara sepenuh masa di peringkat Sarjana dan PhD. Tawaran dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di bawah skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (DG). Calon yang layak dan terpilih akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak yang akan berkuat kuasa bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.

Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus ijazah lanjutan hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan.

Matlamat

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran PPP dalam pengajian lanjutan dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

Syarat Kelayakan

Pegawai hendaklah mempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya. Berumur tidak lebih 50 tahun bagi peringkat Sarjana dan 46 tahun bagi peringkat Kedoktoran (PhD) ada tarikh tutup permohonan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan 1

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8888 1616 
Faks : 03 – 8870 6839

======================================================================

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separuh Masa / Sambilan

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SEPARUH MASA/ SAMBILAN

======================================================================

Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa (SB) kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPP) dan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang sedang mengikuti pengajian secara separuh masa di peringkat Sarjana dan Ph.D di IPT dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Matlamat

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran PPP dan PPPT dalam pengajian lanjutan dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

Syarat Kelayakan

Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus ijazah lanjutan hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Calon berumur tidak lebih 50 tahun bagi peringkat Sarjana dan 46 tahun bagi peringkat Kedoktoran (PhD) ada tarikh tutup permohonan;

  • telah disahkan dalam perkhidmatan;
  • telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian secara separuh masa / sambilan di mana-mana IPTA tempatan; dan
  • bebas daripada sebarang hukuman tatatertib dan dakwaan di mahkamah.

Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan Bahagian Biasiswa, KPM, https://www.moe.gov.my/index.php/biasiswa-dan-pembiayaan

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan 1

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8888 1616 
Faks : 03 – 8870 6839

======================================================================

Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (PPP)

CUTI BELAJAR  BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB)

====================================================================

Cuti yang diluluskan kepada seseorang pegawai untuk mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang berkelayakan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan tetapi tanpa pemberian biasiswa. Golongan sasaran ialah pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (PPP & PPPT) yang mengikuti peringkat pengajian Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D).

Matlamat:

Meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di institusi Pendidikan KPM melalui latihan berterusan dalam pelbagai kepakaran bagi seseorang pensyarah / guru.

Syarat:

Bagi semua program yang ditawarkan, pegawai yang diluluskan cuti belajar akan dikenakan ikatan kontrak berkhidmat dengan Kerajaan dan sekiranya melanggar syarat-syarat akan dikenakan tuntutan ganti rugi sebagaimana dasar yang sedang berkuatkuasa.

Bagi pegawai yang tidak dapat menghabiskan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan, pelanjutan cuti belajar boleh dipertimbangkan sekiranya pegawai memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana dasar yang sedang berkuatkuasa.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8888 1616 
Faks : 03 – 8870 6839

====================================================================

Cuti Belajar Separa Gaji (PPP)

CUTI BELAJAR SEPARA GAJI (CBSG)

====================================================================

“Cuti Belajar” (Perintah Am, Bab C 1974) disebut sebagai Cuti Berkursus yang bermakna cuti yang diluluskan oleh Kerajaan kepada seseorang pegawai bagi mengikuti kursus jangka sederhana dan kursus jangka panjang secara sepenuh masa. Dalam tempoh tersebut, pegawai dibenarkan meninggalkan tugas untuk berkursus dan tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.

CBSG

Cuti yang diluluskan kepada seseorang pegawai untuk mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut, pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang berkelayakan atas kadar separuh mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa. Golongan sasaran ialah PPP & PPPT yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama.

Bagi semua program yang ditawarkan, pegawai yang diluluskan cuti belajar akan dikenakan ikatan kontrak berkhidmat dengan Kerajaan dan sekiranya melanggar syarat-syarat akan dikenakan tuntutan ganti rugi sebagaimana dasar yang sedang berkuatkuasa.

Bagi pegawai yang tidak dapat menghabiskan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan, pelanjutan cuti belajar boleh dipertimbangkan sekiranya pegawai memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana dasar yang sedang berkuatkuasa.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8888 1616 
Faks : 03 – 8870 6839

====================================================================

Cuti Belajar Tanpa Gaji (PPP)

CUTI BELAJAR TANPA GAJI (CBTG)

====================================================================

“Cuti Belajar” (Perintah Am, Bab C 1974) disebut sebagai Cuti Berkursus yang bermakna cuti yang diluluskan oleh Kerajaan kepada seseorang pegawai bagi mengikuti kursus jangka sederhana dan kursus jangka panjang secara sepenuh masa. Dalam tempoh tersebut, pegawai dibenarkan meninggalkan tugas untuk berkursus dan tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.

CBTG

Cuti yang diluluskan kepada seseorang pegawai untuk mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut, pegawai tidak dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang berkelayakan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa. Golongan sasaran ialah PPP & PPPT yang mengikuti pengajian peringkat pra Ijazah (Sijil atau Diploma), Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan.

Bagi semua program yang ditawarkan, pegawai yang diluluskan cuti belajar akan dikenakan ikatan kontrak berkhidmat dengan Kerajaan dan sekiranya melanggar syarat-syarat akan dikenakan tuntutan ganti rugi sebagaimana dasar yang sedang berkuatkuasa.

Bagi pegawai yang tidak dapat menghabiskan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan, pelanjutan cuti belajar boleh dipertimbangkan sekiranya pegawai memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana dasar yang sedang berkuatkuasa.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8888 1616 
Faks : 03 – 8870 6839

====================================================================

Cuti Belajar Kumpulan Pelaksana

CUTI BELAJAR  KUMPULAN PELAKSANA (CBKP)

====================================================================

Kemudahan ini bertujuan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat bagi memberi peluang kepada Kumpulan Pelaksana untuk meningkatkan pengetahuan melalui perolehan sijil-sijil akademik dan latihan kemahiran yang diiktiraf sesuai dengan keperluan perjawatan dan perkhidmatan yang diberikan di samping mempertingkatkan kualiti hidup dan boleh menjana pendapatan yang lebih baik.

Calon yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan dan pegawai adalah tertakluk kepada tempoh ikatan kontrak yang dikenakan untuk berkhidmat dengan Kerajaan.

Peringkat Pengajian 

  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah Pertama

Syarat Umum

  • Pegawai Perkhidmatan Awam (Kumpulan Pelaksana) yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap.
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan.
  • Mencapai markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun di skim perkhidmatan terkini secara berturut-turut.
  • Mengikuti kursus pada peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik yang telah dimiliki.
  • Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/sederhana/pendek di bawah kemudahan cuti belajar sedia ada.
  • Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa dan Pinjaman Boleh Ubah.
  • Permohonan diperaku oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
  • Bebas dari sebarang pertuduhan/tindakan tatatertib/dakwaan mahkamah.
  • Bukan peminjam tegar pinjaman pelajaran atau bukan dalam senarai hitam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau badan penaja lain.
  • Telah mengisytiharkan harta.
  • Calon perlu bebas dari sebarang penyakit kronik.

 Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8888 1616 
Faks : 03 – 8870 6839

========================================================================

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 03 Ogos 2020, 08:32.