PRA PERKHIDMATAN

Warganegara Berkelayakan

MyBrain Science

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

================================================================================

MYBRAIN SCIENCE

Biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal KPM di https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc/.

Matlamat:

Biasiswa MyBrainSc bertujuan melahirkan tenaga pengajar dalam bidang sains tulen yang mencukupi bagi menampung keperluan negara. Ianya bagi melahirkan saintis rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dan layak menerima pengiktirafan tertinggi seperti Nobel Laureate serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub kecemerlangan pendidikan di pentas dunia dan seterusnya mencapai status pendidikan bertaraf dunia.

Syarat Kelayakan:

Kedoktoran (Ph.D)

  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2019;
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Sarjana dan sekurang-kurangnya PNGK 3.75 di peringkat Ijazah Pertama dan ke atas atau Kelas Pertama atau setara dengannya dalam bidang sains tulen;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

Sarjana

  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada 31 Disember 2019;
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama dan mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan penuh;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
  • Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

Ijazah Pertama

  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 21 tahun pada 31 Disember 2019;
  • Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4A dalam A Level;
  • Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 IB Diploma dan A-Level;dan
  • Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuatkuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian. Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya calon diberhentikan oleh institusi pengajian kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan perjanjian ini dan calon menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Kementerian.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
6300 Cyberjaya

Talian: 03-8321 7126 / 03-8321 7085/ 03-8321 7086

============================================================================

 

YBM – Atlet Cemerlang IPT

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

========================================================================

 YBM – ATLET CEMERLANG IPT

Tawaran Biasiswa ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Penerima Biasiswa ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian kelak. Permohonan adalah secara atas talian di url https://biasiswa.moe.gov.my/sukan/

Matlamat:

Menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT dan untuk memastikan atlet pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik.

Kadar Biasiswa/ Pembiayaan/ Bantuan:

  1. Yuran tajaan penuh
  2. Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan lain-lain

Syarat kelayakan:

Tawaran Biasiswa ini terbuka kepada semua atlet warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan :

  • 45 tahunbagi pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana / Dr. Falsafah)
  • 30 tahunbagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama
  • 25 tahunbagi pengajian di peringkat Diploma

Syarat Akademik – PNGK

  • 2.50 bagi atlet IPT;
  • 2.00 bagi atlet Negara

(memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 2 semester di mana-mana IPT)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 1
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Tel: 03-88706582/ 03-88706335

========================================================================

YBM – Anugerah Tokoh Siswa

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

 ========================================================================

 YBM – ANUGERAH TOKOH SISWA

Tawaran Biasiswa ini terbuka kepada mahasiswa Penerima Anugerah Tokoh Siswa tahun semasa. Tawaran biasiswa ini ialah di bawah kelolaan Bahagian Mahasiswa Holistik.

Matlamat:

Mengiktiraf dan memberi galakan kepada mahasiswa yang telah berusaha untuk menjadi modal insan yang holistik dan kompeten selari dengan kehendak ekonomi serta pembangunan masa kini.

Kadar Biasiswa/ Pembiayaan/ Bantuan:

Penajaan ke peringkat pengajian yang lebih tinggi yang merangkumi:

  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Alat Perkakas
  • Elaun Tesis
  • Yuran Pengajian

Syarat kelayakan:

  • Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 di peringkat Ijazah Pertama
  • Tarikh luput tawaran setahun dari tarikh tamat pengajian Ijazah Pertama

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 1
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Tel: 03-88706335/ 03-88706351

YBM – Pelajar Cemerlang Politeknik

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

================================================================================

YBM – PELAJAR CEMERLANG POLITEKNIK

Penawaran biasiswa ini bertujuan menggalakkan lebih ramai pelajar cemerlang lepasan diploma dari politeknik yang ditawarkan bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UA atau politeknik dalam bidang TVET.

Matlamat:

Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik diwujudkan sebagai pengiktirafan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Jenis Biasiswa/ Pembiayaan/ Bantuan:

  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Alat Perkakas
  • Elaun Tesis
  • Yuran Pengajian

Syarat kelayakan:

  • Mendapat anugerah di peringkat politeknik dengan PNGK terakhir sekurang-kurang 3.5
  • Melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di UA dalam bidang TVET

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 1
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Tinggi, 
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 
62200 Putrajaya

Tel: 03-88706335 / 03-88706351

========================================================================

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Bahasa Arab / Pengajian Islam

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

========================================================================

PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC) BAHASA ARAB / PENGAJIAN ISLAM

Pengiktirafan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) sebagai Kurikulum Kebangsaan untuk dilaksanakan di SABK dan perancangan KPM untuk membuat peluasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) seluruh Malaysia menyebabkan keperluan guru yang terlatih dan pakar dalam pengajian Bahasa Arab untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (P&P) berkesan di sekolah KPM meningkat.

Matlamat:

Pengiktirafan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) sebagai Kurikulum Kebangsaan untuk dilaksanakan di SABK dan perancangan KPM untuk membuat peluasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di seluruh Malaysia memerlukan guru yang terlatih dan pakar dalam pengajian Bahasa Arab untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti dan berkesan di sekolah KPM.

Kadar Biasiswa/ Pembiayaan/ Bantuan:

  • Setahun: RM 54,717.40
  • Sepanjang Pengajian: RM 242,868.00

Syarat kelayakan:

  • Calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Aliran Agama yang memperoleh Minimum 7A SPM
  • Lulus INSAK & Temuduga KPM

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel: 03-8321 7080/ 03-8321 7081/ 03-8321 7131

==============================================================================

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Al Quran Dan Qiraat

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

========================================================================

PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC) AL-QURAN DAN QIRAAT

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Al-Quran dan Qiraati adalah tajaan Biasiswa penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar cemerlang lepasan SPM yang ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama di luar negara khususnya bagi memenuhi keperluan perkhidmatan keguruan di KPM.

Matlamat:

Pengiktirafan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) sebagai Kurikulum Kebangsaan untuk dilaksanakan di SABK dan perancangan KPM untuk membuat peluasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) seluruh Malaysia menyebabkan keperluan guru yang terlatih dan pakar dalam pengajian al-Quran wa al-Qiraat untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran berkesan di sekolah KPM. Kumpulan sasaran ialah Lepasan Diploma Qiraat Al Quran JAKIM.

Kadar Biasiswa/ Pembiayaan/ Bantuan:

  • Setahun: RM 43,400.00
  • Sepanjang Pengajian: RM 154,200.00

Syarat kelayakan:

  • Lepasan Diploma Qiraat al-Quran JAKIM atau mana-mana Diploma al-Quran yang setaraf dengannya;
  • Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM; dan
  • Lulus INSAK & Temuduga KPM

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel: 03-8321 7080/ 03-8321 7081/ 03-8321 7131

========================================================================

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Khas

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

========================================================================

PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC) PENDIDIKAN KHAS

Program PPC Pendidikan Khas merupakan salah satu usaha untuk membantu melahirkan bakal-bakal pendidik yang berkualiti dalam disiplin ilmu berkaitan pendidikan Khas yang sangat kritikal keperluannya di Malaysia.

Matlamat:

Selaras dengan hasrat Teras 5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan, Program PPC Pendidikan Khas merupakan salah satu usaha untuk membantu melahirkan bakal-bakal pendidik yang berkualiti dalam disiplin ilmu berkaitan pendidikan Khas yang sangat kritikal keperluannya di Malaysia.

Kadar biasiswa:

  • Setahun: RM 163,876.54
  • Sepanjang Pengajian: RM 655,506.18

Syarat kelayakan:

  • Minimum 7A SPM
  • Band 4 Muet
  • Minimum PNGK 3.50
  • IELTS 6.5
  • Lulus INSAK & Temuduga KPM

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel: 03-8321 7080/ 03-8321 7081/ 03-8321 7131

==============================================================================

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Lepasan Matrikulasi

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

========================================================================

PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC) LEPASAN MATRIKULASI

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) adalah tajaan Biasiswa penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar cemerlang lepasan Matrikulasi yang ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama di luar negara. Untuk tahun 2019, bidang yang ditawarkan dalam Program PPC lepasan Matrikulasi ialah semua bidang yang termasuk dalam kategori Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM).

Matlamat:

Program ini bertujuan untuk mengisi keperluan pensyarah di kolej-kolej matrikulasi KPM khususnya dalam subjek kritikal seperti Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Komputer dan Kejuruteraan.

Kadar biasiswa:

  • · Setahun: RM 164,767.00
  • · Sepanjang Pengajian: RM 659,068.00

Syarat kelayakan:

  • · Minimum 5A SPM
  • · Band 4 Muet
  • · Minimum PNGK 3.50
  • · IELTS 6.5
  • · Lulus INSAK & Temuduga KPM

Perjanjian Kontrak

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh KPM adalah tertakluk kepada terma ikatan kontrak perjanjian KPM. Pelajar perlu berkhidmat dengan Kerajaan di bawah Skim Perkhidmatan Perguruan setelah tamat pengajian. Tempoh ikatan kontrak bersama kerajaan adalah selama lapan (8) tahun. Pelajar yang melanggar kontrak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan perjanjian dengan bayaran ganti rugi kos sebenar.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel: 03-8321 7080/ 03-8321 7081/ 03-8321 7131

============================================================================

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Bahasa Mandarin

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

========================================================================

PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC) BAHASA MANDARIN

Program PPC Bahasa Mandarin merupakan salah satu usaha untuk membantu melahirkan bakal-bakal pendidik yang berkualiti dalam disiplin ilmu berkaitan Bahasa Mandarin yang sangat kritikal keperluannya di Malaysia.

Matlamat:

Untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mandarin untuk sekolah-sekolah di Malaysia. Kumpulan sasaran bagi program ini ialah lepasan SPM.

Kadar Biasiswa/ Pembiayaan/ Bantuan:

Yuran – tajaan penuh

RM352,419.59 sepanjang pengajian

Syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang dalam SPM;
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan dibuat;
  • Calon mesti sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum;
  • Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel: 03-8321 7080/03-8321 7085

==============================================================================

Program Berkembar Bahasa Perancis

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

========================================================================

PROGRAM BERKEMBAR BAHASA PERANCIS

Program PPC Bahasa Perancis merupakan salah satu usaha untuk membantu melahirkan bakal-bakal pendidik yang berkualiti dalam disiplin ilmu berkaitan Bahasa Perancis bagi mengalakkan penguasaan bahasa ketiga untuk murid di sekolah-sekolah KPM. Kumpulan sasaran ialah murid lepasan SPM.

Matlamat:

Untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Perancis untuk sekolah-sekolah KPM di Malaysia.

Kadar Biasiswa/ Pembiayaan/ Bantuan:

Yuran: tajaan penuh

RM193,913.97/seorang sepanjang pengajian.

Syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1999;
  • Sihat tubuh badan;
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum;
  • Calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah; dan
  • Calon mesti mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Diplomed etudesen langue francaise (DELF A1). Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus kursus persediaan selama dua (2) tahun/empat (4) semester di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa KPM.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel: 03-8321 7080/03-8321 7085

==============================================================================

Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan Bahasa Jepun

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

========================================================================

PROGRAM DIPLOMA PASCA SISWAZAH PENDIDIKAN BAHASA JEPUN

Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam sebarang bidang dari universiti di negara Jepun. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) selama 1 ½ tahun / 3 semester) di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Matlamat:

Untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah (Mod Sepenuh Masa/ Kursus Dalam Cuti).

Kadar Biasiswa/ Pembiayaan/ Bantuan:

Elaun Sara Hidup RM1,336.71 sebulan

Syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat fizikal dan mental;
  • Aktif kokurikulum;
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 Jun 2019;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA);
  • Memperoleh CGPA 2.50 dan ke atas atau memiliki pengalaman bekerja sekurang-kurangnya lima tahun dalam bidang berkaitan;
  • Memiliki kecekapan minima Bahasa Jepun (N2) dalam Japanese Language Proficiency Test (JLPT); dan
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan;
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Universiti di Negara Jepun/tempatan yang diiktiraf oleh Malaysia Qualifications Agency (MQA); dan
  • Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda daripada institusi tempatan dan luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), KPM

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel: 03-8321 7080/03-8321 7085

==============================================================================

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

========================================================================

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

Program ini dikhususkan untuk pelajar tahun pertama jurusan pendidikan di Universiti Awam yang menepati bidang yang diunjurkan oleh KPM. Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di kampus-kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Matlamat:

Menyediakan pegawai-pegawai yang berkelayakan dan berkebolehan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah KPM berdasarkan unjuran keperluan bidang oleh KPM.

Kadar biasiswa/ Pembiayaan/ Bantuan:

RM10,350.00 setahun

Syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • 2.Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari tahun permohonan
  • 3.PNGK 3.5 dan ke atas
  • 4.Memiliki sijil penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia untuk lantikan ke perkhidmatan awam
  • 5.Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat akan dipanggil menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temu duga
  • 6.Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tidak layak memohon
  • 7.Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan sedia ada

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel: 03-8321 7080/ 03-8321 7082/ 03-8321 7126

============================================================================

Skim Latihan Tenaga Kepakaran Pendidikan Khas

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

========================================================================

SKIM LATIHAN TENAGA KEPAKARAN PENDIDIKAN KHAS

KPM menawarkan Biasiswa di bawah Skim Latihan Tenaga Kepakaran Pendidikan Khas khususnya kepada pelajar tahun pertama di Universiti Awam yang mengambil bidang Pendidikan Khas seperti Audiologi, Fisioterapi, Terapi Cara Kerja, Terapi Cara Pertuturan dan Psikologi. Calon yang berjaya mengikuti program ini akan berkhidmat dengan KPM sebagai terapis di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas.

Matlamat:

Menyediakan pegawai berkelayakan dan berkebolehan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) KPM untuk ditempatkan dan berkhidmat di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) di seluruh negara berdasarkan unjuran keperluan bidang oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM.

Kadar Biasiswa/ Pembiayaan/ Bantuan:

RM10,670.00 setahun

Syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari tahun permohonan
  • PNGK 3.0 dan ke atas
  • Memiliki sijil penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia untuk lantikan ke perkhidmatan awam
  • Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat akan dipanggil menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temu duga
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tidak layak memohon
  • alon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan sedia ada

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel: 03-8321 7080/ 03-8321 7082/ 03-8321 7126

==============================================================================

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 16 Oktober 2019, 10:40.