Bantuan Kewangan Bagi Kluster B40 & M40

  • BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI (BKPKK)

    Bantuan kewangan BKPKK diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil dan diploma jangka panjang iaitu yang melibatkan tempoh pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil) dan maksimum 3 semester (peringkat diploma). Bantuan kewangan ini diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isi rumah. Pelajar baharu atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

    Matlamat:

    Membantu pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di peringkat separa professional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan seterusnya memberi peluang kepada mereka menceburi bidang ekonomi dengan lebih berkesan.

    Kadar Bantuan:

    RM300/sebulan @ RM1,800/semester

    Syarat Kelayakan: 

    • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
    • Diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil sepenuh masa; iaitu tempoh pengajian selama 16 hingga 24 bulan;
    • Pelajar yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibu bapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
    • Menandatangani dua Salinan perjanjian;
    • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
    • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program;
    • Hanya pelajar semester 1 dan 2 sahaja yang layak memohon bantuan; dan
    • Bagi permohonan kali pertama pelajar Semester 2, syarat pendapatan keluarga dan pencapaian CGPA semester 1 adalah diambil kira

    Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

    Cawangan Pra Perkhidmatan 2
    Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
    163000 Cyberjaya, Selangor.

    No. Tel : 03-8321 7080/ 03-8321 7085

  • BANTUAN KEWANGAN ASASI IPTA

    Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40 yang mengikuti program bertaraf asasi dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM10,000 sebulan. Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya adalah layak memohon. Pelajar dikehendaki menandatangi perjanjian dengan seorang penjamin. Tiada bayaran balik dikenakan tetapi pelajar perlu mengganti balik wang bantuan yang telah diberikan sekiranya gagal pengikuti program pengajian dengan jayanya. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia.

    Matlamat:

    Sebagai platform untuk membantu pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tertiary.

    Kadar Bantuan: 

    1. Elaun Wang Saku berjumlah RM2,500.00 setahun pengajian;
    2. Yuran pengajian dan penginapan berjumlah RM1,420.00 setahun pengajian; dan
    3. Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

    Tempat Pengajian:

    • Universiti Malaya (UM)
    • Universiti Utara Malaysia (UUM)
    • Universiti Putra Malaysia (UPM)
    • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
    • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
    • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
    • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
    • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
    • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
    • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

    Syarat Kelayakan: 

    • Warganegara Malaysia;
    • Pelajar hendaklah mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam (UA);
    • Pelajar hendaklah bersetuju untuk menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Malaysia dan mengikuti program pengajian seperti di dalam surat tawaran; dan
    • Golongan sasaran ialah untuk golongan B40 dan M40 dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM10,000.00.

    Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

    Cawangan Pra Perkhidmatan 2
    Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
    163000 Cyberjaya, Selangor.

    No. Tel : 03-8321 7080/ 03-8321 7085

  • BANTUAN KEWANGAN OKU (BKOKU)

    Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mempunyai Kad OKU. Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan. Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja. Skop peringkat pengajian adalah tertakluk kepada peringkat diploma dan ke atas. Kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggungjawab KPM boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini.

    Matlamat:

    1. Memberi insentif / biasiswa dan peluang kepada OKU yang berkebolehan / berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi; dan
    2. Meningkat dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk OKU dari segi bantuan kewangan.

    Kadar Bantuan:

    1. Pelajar Sepenuh Masa - Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang kedua-duanya tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian. Penerima Biasiswa hanya layak wang saku sahaja. Kadar bantuan wang saku RM300/sebulan dan bakinya adalah bantuan yuran tertakluk pada RM5,000 setahun bagi kedua-dua elemen tersebut.
    2. Pelajar Separuh Masa - Bantuan yuran pengajian sahaja tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian.

    Syarat Kelayakan:

    • Pelajar mestilah warganegara Malaysia;
    • Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mempunyai kad OKU;
    • Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
    • Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wang saku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja;
    • Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini; dan
    • Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/ sebahagian).

    Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

    Cawangan Pra Perkhidmatan 2
    Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 1, Blok 2251,
    Jalan Usahawan 1,
    6300 Cyberjaya

    No. Tel : 03-8321 7080/ 03-8321 7085

  • PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (PKK)

    Bantuan kewangan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU bagi kategori masalah pendengaran yang mengikuti pengajian sepenuh masa di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja. Bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat kelayakan.

    Matlamat:

    Membantu pelajar OKU yang mempunyai masalah pendengaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat separa professional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan seterusnya memberi peluang kepada mereka menceburi bidang ekonomi dengan lebih berkesan.

    Kadar Bantuan:

    • RM3,660.00 untuk semester pertama;
    • RM3,360.00 untuk semester 2 sehingga semester 4

    Syarat kelayakan:

    • Pelajar warganegara Malaysia;
    • Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU;
    • Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
    • Pelajar OKU tidak boleh menerima penajaan lain; dan
    • Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh tidak layak menerima bantuan kewangan ini.

    Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

    Cawangan Pra Perkhidmatan 2
    Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 1, Blok 2251,
    Jalan Usahawan 1,
    6300 Cyberjaya

    No. Tel : 03-8321 7080/ 03-8321 7085

     

  • Hits: 1241
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 15 Oktober 2019, 17:36.