logo.rasmi.bm

Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia Tindakan Menangani Jerebu Di Sekolah

4 LOGO KPM 2013 BM 01 xxs

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 4.00 petang hari ini 26 September 2015 menunjukkan semua kawasan masih berada di bawah bacaan IPU 200.

Sehubungan itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri-negeri yang akan bermula esok 27 September 2015 (Ahad) iaitu Johor,Terengganu dan Kelantan hendaklah dibuka seperti biasa. Walau bagaimana pun, pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah bagi negeri-negeri tersebut hendaklah terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib.

Sekiranya berlaku perubahan terhadap bacaan IPU tersebut kepada keadaan Tidak Sihat (IPU 101-200) atau Sangat Tidak Sihat (IPU 201-300), maka pihak tersebut boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing berdasarkan Surat Siaran KPM Bil. 17 Tahun 2013 bertarikh 7 Ogos 2013 [Langkah-Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan Dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal].

Terimakasih.

Kementerian Pendidikan Malaysia
26 September 2015

  • Hits: 7641

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 21 Mei 2019, 16:19.