Atas
Media

|| Home » Media » Surat Kepada Pengarang » Surat Kepada Pengarang

Surat Kepada Pengarang

 

KOSMO bertarikh 12 September 2013 - SMS berkaitan memperkasa sekolah bukan SBT

27 September 2013

 

“Kementerian Pendidikan diminta memberi apa jua input bagi membantu memperkasa pelajar, guru dan PIBG SK Gong Pasir, Dungun, Terengganu, biarpun bukan sekolah berprestasi tinggi ”.

 

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk dan memberi maklum balas kepada SMS “BANTU” dalam akhbar KOSMO bertarikh 12 September  2013 seperti kenyataan di atas.

 

Untuk makluman, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu  telah menghantar pegawai penghubung sekolah bagi membantu memperkasa pelajar, guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)  Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Pasir. Pihak JPN Terengganu, dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Dungun bersedia membimbing dan memberi bantuan kepada pihak sekolah. Pihak pentadbiran sekolah berkenaan juga telah dimaklumkan untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai penghubung sekirannya menghadapi sebarang kemusykilan.

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat









Bawah