Atas
Media

|| Home » Media » Surat Kepada Pengarang » Surat Kepada Pengarang

Surat Kepada Pengarang

 

Berita Harian bertarikh 8 September 2012 – AMBIL PERHATIAN TANGANI ISU BEBAN TUGAS GURU

21 January 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Kecewa. Kuala Lumpur” dalam ruangan Forum akhbar Berita Harian bertarikh 8 September 2012Ambil perhatian tangani isu beban tugas guru.

 

Urusan pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan  Lepasan Diploma (PPPLD) yang telah lulus temuduga pada tahun 2011 dan diperaku lantikan tetap ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 telah selesai dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). KPM telah mengedarkan surat tawaran pelantikan  PPPLD yang terlibat kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian. Para pegawai terlibat boleh membuat semakan surat tawaran tersebut di Jabatan Pelajaran Negeri/Bahagian masing-masing.

 

Manakala bagi PPPLD yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2011. SPP sedang melaksanakan urusan temuduga secara berperingkat mulai 18 September 2012. Pelantikan ke jawatan PPPS Gred DG41 akan dibuat setelah pegawai-pegawai  lulus temuduga dan diperaku lantikan tetap ke jawatan tersebut.

 

 

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 


 

Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat









Bawah