Atas
Media

|| Home » Media » Surat Kepada Pengarang » Surat Kepada Pengarang

Surat Kepada Pengarang

 

Berita Harian bertarikh 22 Julai 2010 – PIHAK BPTV PERLU AMBIL KIRA MASALAH PSIKOLOGI GURU YANG GAGAL BERPINDAH

28 July 2010


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “SILVERWARA” ruangan rakan@BH akhbar Berita Harian bertarikh 22 July 2010 – Pihak BPTV perlu ambil kira masalah psikologi guru yang gagal berpindah. Menyusahkan pihak sekolah apabila guru tertekan dan tidak bermotivasi.
 
Dasar pertukaran Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), KPM adalah mengikut kriteria-kriteria berikut:
 
i.                    Keperluan perkhidmatan
ii.                  Kekosongan jawatan
iii.                Perakuan Ketua Jabatan
 
Permohonan pertukaran mestilah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya salah satu kriteria di atas tidak dipenuhi, maka permohonan adalah gagal.
 
Kementerian mengambil berat akan perkara ini dan sentiasa berusaha untuk memastikan setiap permohonan guru-guru dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dalam urusan menangani masalah psikologi guru tertekan dan tidak bermotivasi, ia menjadi tanggunjawab Pengetua sebagai Ketua Jabatan untuk membantu guru-guru ini. Untuk makluman, setiap sekolah mempunyai kaunselor yang dapat dan boleh dipertanggungjawabkan untuk membantu dalam mempertingkatkan motivasi guru-guru. 
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


 

Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat









Bawah