Atas
Murid / Pelajar

|| Home » Murid / Pelajar » Sektor Pengajian Tinggi » Program Keusahawanan
Program Keusahawanan

 

Program Keusahawanan dilaksanakan di kalangan pelajar IPT agar dapat diterapkan pendedahan nilai-nilai dan kemahiran keusahawanan yang merangkumi aspek kepimpinan, inovasi, kreativiti, berdaya tahan, berdaya saing, berdikari, mengambil risiko terkira (calculated risk) dan kebolehan untuk mengenal pasti dan membuka peluang (opportunity identification and creation).

 

Bagi memantapkan program ini, Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi telah dilancarkan pada 13 April 2010 yang bertujuan untuk menggalakkan pendidikan dan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik. Pelaksanaan inisiatif berpandukan dasar tersebut bertujuan melahirkan siswazah/lepasan IPT yang mempunyai nilai, pemikiran dan atribut keusahawanan; meningkatkan bilangan usahawan dalam kalangan siswazah/ lulusan IPT iaitu mereka yang benar-benar berkecimpung dalam bidang perniagaan sebagai pemangkin kepada pencapaian transformasi ekonomi negara daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan pada masa yang sama melahirkan ahli akademik yang mempunyai nilai, kemahiran, pemikiran dan atribut keusahawanan (entrepreneurial academics).

 

Pendidikan keusahawanan ini penting dan merupakan komponen penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seperti yang dihasratkan di bawah Pelan Pembangunan Modal Insan Inovasi. Di samping itu, program kritikal agenda (Critical Agenda Program, CAP) Keusahawanan adalah signifikan dalam membantu untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah/lulusan IPT.

 

Maklumat lanjut mengenai program keusahawanan boleh didapati di laman web JPT










Bawah