Atas
Hubungi Kami

|| Home » Hubungi Kami » Sektor Pelajaran » Profil Jabatan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Profil Jabatan
JabatanJabatan Pendidikan Negeri Kedah
Ketua JabatanPengarah
ENCIK MANSOR BIN LAT
AlamatKompleks Pendidikan,
Jalan Stadium,
05604 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Nombor Telefon04-7404000
Nombor Faks04-7404342
Laman Webhttp://www.moe.gov.my/jpnkedah/
Alamat E-mel

VISI
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG


MISI
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI


MOTO
"PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG"


MATLAMAT
MELAHIRKAN BANGSA MALAYSIA YANG BERILMU, BERIMAN, BERAKHLAK MULIA, BERKETERAMPILAN, TAAT SETIA, BERSATU PADU DAN SEJAHTERA BAGI MEMENUHI KEHENDAK DAN KEPERLUAN NEGARA


ETIKA KERJA
MELAYAN SEGALA, PENUH MESRA
MENYELESAI SEGERA, BUDI BICARA
MENEPATI MASA, KUALITI DIPELIHARA
IKRAM BERSAUDARA, SEBULAT SUARA
IKHLAS BEKERJA, AMANAH DIJAGA
IMEJ KITA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA


TEMA
PENGURUSAN BERKUALITI INTEGRITI DIUNGGULI


PIAGAM PELANGGAN
KAMI WARGA JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN DENGAN PENUH ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK
  1. Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru bermula.
  2. Memastikan semua murid menerima pendidikan yang berkualiti berasaskan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  3. Memastikan semua murid terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan dalam usaha memperkembangkan potensi secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
  4. Memastikan segala keperluan asas untuk perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah disediakan dengan lengkap.
  5. Memastikan semua urusan peperiksaan dan pentaksiran dilaksanakan dengan cekap, adil, amanah dan sah.
  6. Memastikan segala aduan kepada atau mengenai JPN,PPD dan Sekolah diberi jawapan dalam tempoh satu minggu dari tarikh penerimaan.
  7. Memastikan bayaran bil dan invois yang lengkap dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan.
  8. Memastikan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan responsif terhadap kehendak semua pelanggan.
  9. Menentukan segala surat dan rayuan kepada dan mengenai JPN, PPD dan sekolah-sekolah diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan.
  10. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, teguran dan cadangan yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.


LOGO


KETERANGAN WARNA

KUNING - Kesetian dan kepatuhan kepada raja, negara dan organisasi.

HIJAU - Ketenangan dan keharmonian yang menjadi teras kejayaan organisasi.

MERAH - Semangat kecekalan, kesungguhan dan keberanian warga pendidikan dalam mengharungi cabaran ke arah mencapai kecemerlangan berterusan.

PUTIH - Kesucian, keikhlasan dan kejujuran dalam melaksanakan tugas dan bertanggungjawab.



KETERANGAN BENTUK

BULATAN - Kesepaduan dan semangat sepasukan dalam mencapai visi organisasi.

MATA PEN - Sebaran ilmu yang berterusan demi kemajuan agama, bangsa dan negara.

BUKU - Pembinaan warganegara yang berteraskan kepada keimanan, penguasaan keilmuan dan amalan nilai-nilai mulia.

UKIRAN - Kepelbagaian budaya dan warisan negara yang menjadi teras jadi diri bangsa Malaysia.


PELAN STRATEGIK JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
MATLAMAT STRATEGIK 1
Meningkatkan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan organisasi pendidikan

MATLAMAT STRATEGIK 2
Mengukuhkan integriti dalam kalangan warga pendidikan

MATLAMAT STRATEGIK 3
Memantapkan pengurusan kurikulum ke arah pencapaian akademik yang cemerlang secara berterusan

MATLAMAT STRATEGIK 4
Membangunkan modal insan yang berakhlak mulia dan berketerampilan positif

MATLAMAT STRATEGIK 5
Meningkatkan penyertaan aktif serta pencapaian dalam kokurikulum dan sukan ke peringkat tertinggi

MATLAMAT STRATEGIK 6
Menyediakan infrastruktur dan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran

MATLAMAT STRATEGIK 7
Menambah baik hubungan profesional dengan agensi-agensi pendidikan dan pihak-pihak berkepentingan


PRINSIP KERJA JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
X-PLUS

X – EXCELLENCE
Cemerlang bermaksud ‘go beyond’ yakni memenuhi kehendak yang tidak terungkap oleh pelanggan, menangani cabaran yang belum tiba dan melepasi rekod sedia ada. Cemerlang bermakna melepasi aras kualiti, melepasi pencapaian terbaik sebelum ini, mewujudkan aras pencapaian baharu untuk dikejar oleh pesaing.

P – PENGETAHUAN
Faktor utama produktiviti ialah maklumat dan pengetahuan. Cara bekerja, cara mengajar dan cara mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam era ini bukan lagi sesuatu yang rutin, berulang-ulang dan rigid, tetapi sarat dengan kepelbagaian cara dan gaya, tidak berulang-ulang, dan mencabar daya upaya setiap orang dalam menggunakan kebijaksanaan, budi bicara, penilaian dan pertimbangan.

L – LATIHAN
Latihan bermaksud belajar sepanjang hayat untuk mempertajamkan keupayaan melaksanakan tanggungjawab semasa dan mempersiap keupayaan untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dan mencabar. Latihan bermakna bina upaya yang berterusan, bukan sekadar memenuhi ketetapan perkhidmatan. Latihan bererti bersedia berubah, bersedia untuk melaksanakan idea baharu, bersedia untuk menggunakan cara gaya baharu dalam menyempurnakan tanggungjawab, bersedia menjayakan transformasi.

U – USAHA
Usaha bermaksud ‘go extra mile’. Sedangkan ‘kerja’ bermaksud melaksanakan tugas sebagaimana yang ditetapkan atau diarahkan. Kerja mengutamakan kepatuhan kepada arahan. Usaha mengutamakan matlamat dan objektif. Ukuran kerja ialah kecekapan. Ukuran usaha ialah keberkesanan.

S – SEPASUKAN
Sepasukan bermaksud komited kepada nilai, visi, misi dan matlamat organisasi dan mengenepikan kepentingan diri dan perasaan peribadi. Bekerja sepasukan menuntut aplikasi kepimpinan pada setiap mata ramai tindakan. Ciri kepimpinan wajib sentiasa terpamer dan dipraktikkan oleh setiap orang. Bekerja sepasukan menuntut kehadiran altruism dalam pengurusan, pentadbiran dan pelaksanaan operasi. Altruism menjamin keakraban anggota pasukan kepada misi organisasi dan organisasi pula mampu menjana kesejahteraan kepada setiap anggota pasukan.


BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NASIONAL (NKRA) PENDIDIKAN
PRASEKOLAH
Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4 tahun dan 5 tahun) kepada 87% menjelang 2012 serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.

LITERASI & NUMERASI (LINUS)
Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikut 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolah-sekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi.

TAWARAN BAHARU KEPADA PEMIMPIN SEKOLAH
Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada Pengetua dan Guru Besar yang melepasi sasaran serta membantu Pengetua dan Guru Besar yang lemah.


LAGU JPN KEDAH

Pendidikan Cemerlang Kedah Terbilang

Kamilah warga pendidikan
Dengan semangat jati diri
Membina mental, jasad, rohani
Menghadapi cabaran

Esok pastinya lebih baik
Azam kita setiap masa
Inilah sumpah setia kita
Warga yang berwibawa

Kita berikrar untuk Berjaya
Seiring wawasan Negara
Kita berikrar untuk berjasa
Pada agama, nusa dan bangsa

Buktikanlah kegemilangan
Negeri Kedah Darul Aman
Imejmu kan kami julang tinggi
Maruahmu terpelihara

Berjaya, Berjaya, Berjaya

Lirik :
Dato’ Haji Hasan Bin Hashim,
Mantan Pengarah Pelajaran Kedah

Gubahan Muzik :
En. Abdul Razak Bin Abdul Rahman,
JPN Kedah



CARTA ORGANISASI JPN KEDAH

CARTA ORGANISASI JPN KEDAH
Bilik Pengarah

Sektor Pengurusan Akademik
Unit Bahasa 1
Unit ICT dan Perkomputeran
Unit Kajian Kemasyarakatan
Unit Sains
Unit Matematik
Unit Teknik dan Vokasional
Unit Bahasa 2

Sektor Pengurusan Sekolah
Unit Penyeliaan Sekolah Menengah
Unit Penyeliaan Sekolah Rendah
Unit Pengurusan Pra-Sekolah
Unit Perhubungan dan Pendaftaran

Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas
Unit Pendidikan Swasta
Unit Pendidikan Khas

Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Unit Hal Ehwal Murid
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
Unit Kokurikulum
Unit Sukan
Pusat Kokurikulum

Sektor Pendidikan Islam
Unit Pengurusan Pendidikan Islam
Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama
Unit Operasi Dakwah

Sektor Penilaian dan Peperiksaan
Unit Rendah Menengah
Unit Pentaksiran Sekolah
Unit Peperiksaan Pra Universiti dan Profesional dan Luar Negeri

Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
Unit Latihan dan Kemajuan Staf
Unit Kewangan
Unit Akaun
Unit Naik Pangkat
Unit Pembangunan
Unit Penilaian dan Kompetensi
Unit Pentadbiran Am
Unit Perjawatan dan Perkhidmatan
Unit HRMIS
Unit Perolehan dan Pengurusan Aset
Unit Tatatertib

Sektor Jaminan Kualiti
Unit Piawaian dan Dokumentasi
Unit Jaminan Kualiti

Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT
Unit Pengurusan Maklumat
Unit Pengurusan Teknikal

Sektor Psikologi dan Kaunseling
Unit Kaunseling



PENGURUSAN TERTINGGI JPN KEDAH

PENGARAH PELAJARAN NEGERI KEDAH
En. Mansor bin Lat
mansor.lat@moe.gov.my

TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI KEDAH
En. Rooslee bin Ismail
tpengarah.jpnk@moe.gov.my

KETUA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
Tn. Hj. Asmee bin Tajuddin
asmee@moe.gov.my

KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
Tn. Hj. Munajat bin Tamrin
munajat@moe.gov.my

KETUA SEKTOR PENDIDIKAN KHAS DAN PENDIDIKAN SWASTA
En. Sofaruddin bin Ismail
sofaruddin@moe.gov.my

KETUA SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
Tuan Haji Mohamad bin Abd. Hamid
(Tiada

KETUA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
Tuan Hj.Rozali bin Hj. Hashim
rozali.hashim@moe.gov.my

KETUA SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
Tn. Haji Ismail bin Shaidan
ismail.shaidan@moe.gov.my

KETUA SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN
aziz.hassan@moe.gov.my

KETUA SEKTOR JAMINAN KUALITI
Tuan Haji Mohamad Jamil bin Md. Noh
(Tiada)

KETUA SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT
En. Abd Halim bin Ahmad
abdhalim@moe.gov.my

KETUA SEKTOR KAUNSELING DAN KEUTUHAN
Tn. Hj. Badrunsham bin Dahalan @Omar
badrunsham@moe.gov.my



Senarai PPD
Laman Web PPD Kuala Muda Yan / http://www.ppdkmy.net/
Laman Web PPD Padang Terap / http://www.ppdpadangterap.net/
Laman Web PPD Kulim Bandar Baharu / http://www.ppdkbb.net/
Laman Web PPD Kubang Pasu / http://www.ppdkubangpasu.com/
Laman Web PPD Baling Sik / http://www.ppdbalingsik.net/
Laman Web PPD Kota Setar / http://www.ppdks.net/
Laman Web PPD Langkawi / http://langkawi.kedah.edu.my/
Laman Web PPD Pendang / http://www.ppdpendang.edu.my/


BILANGAN SEKOLAH 2012
Jenis Sekolah Bilangan
SJK(C) 90
SJK(T) 58
SK 387
SK (Khas) 2
SM   Agama (SABK) 15
SM + SR (Model Khas) 2
SM Berasrama Penuh 5
SM Teknik 1
SM Vokasional 5
SMK 148
SMK Agama 4
SR Agama (SABK) 2
Jumlah 719

 



BILANGAN GURU 2012
Jenis Sekolah Guru Lelaki Guru Perempuan Jumlah Guru
SJK(C) 243 1686 1929
SJK(T) 226 723 949
SK 4909 9691 14600
SK (Khas) 28 45 73
SM   Agama (SABK) 201 227 428
SM + SR (Model Khas) 57 67 124
SM Berasrama Penuh 109 202 311
SM Teknik 28 49 77
SM Vokasional 234 298 532
SMK 4040 7968 12008
SMK Agama 95 179 274
SR Agama (SABK) 13 28 41
Jumlah 10183 21163 31346


BILANGAN PELAJAR 2012
Jenis Sekolah Lelaki Perempuan Jumlah
SJK(C) 12862 12301 25163
SJK(T) 5090 4929 10019
SK 94261 89971 184232
SK (Khas) 78 72 150
SM   Agama (SABK) 2372 2855 5227
SM + SR (Model Khas) 659 823 1482
SM Berasrama Penuh 1728 1700 3428
SM Teknik 336 299 635
SM Vokasional 2082 1098 3180
SMK 79000 81639 160639
SMK Agama 1313 1993 3306
SR Agama (SABK) 315 251 566
Jumlah 200096 197931 398027










Bawah