Atas
Hubungi Kami

|| Home » Hubungi Kami » Sektor Pelajaran » Profil Jabatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Profil Jabatan
JabatanBahagian Pengurusan Sumber Manusia
Ketua JabatanSetiausaha Bahagian
Dr. Aris bin Kasan
AlamatKementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Aras 1-5 dan 12-14, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
W.P. Putrajaya
62604
Malaysia
Nombor Telefon03-8884 7201 / 03-8884 7173
Nombor Faks03-8888 6292
Laman Web--
Alamat E-melbpsm.aduan@moe.gov.my

Pengenalan

Latar Belakang BPSM    

   

           Ditubuhkan pada 1 Julai 2002 melalui waran perjawatan W.P. Bil S52/2002 berikutan dengan penstrukturan semula Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan (BPOP) kepada Bahagian Sumber Manusia (BSM).  Ia mengandungi 5 Cawangan iaitu Cawangan Pembangunan Organisasi Dan Perkhidmatan (BPOP), Cawangan Dasar Dan Perancangan Sumber Manusia (DP), Cawangan Kaunseling Dan Keutuhan (CKK), Cawangan Pembangunan Manusia Dan Latihan (PML) dan Cawangan Naik Pangkat Dan Tatatertib (NPT).  Setiap Cawangan  diketuai oleh seorang Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB) Gred M54.

        Tujuan penstrukturan semula BSM adalah untuk memantapkan lagi pengurusan sumber manusia Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sejajar dengan perkembangan arus perdana masa kini.

        Pada 1 Mac 2008 penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia telah membawa kepada penjenamaan semula BSM kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang mana Cawangan Kaunseling dan Keutuhan telah dinaiktaraf ke Bahagian Psikologi Dan Kaunseling.



Visi

Menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dalam mengurus sumber manusia melalui sistem pengurusan yang berkualiti

 



Misi

Mengurus sumber manusia Kementerian Pendidikan Malaysia secara cekap, berkesan dan berkualiti bagi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan negara



 



Objektif
  1. Menyediakan struktur organisasi yang mantap dengan bilangan personel di tahap optima melalui pewujudan dan pengisian jawatan mengikut keperluan dan norma perjawatan yang ditetapkan;

  2. Merancang dan membangunkan sumber manusia bagi memenuhi keperluan organisasi selaras dengan Dasar Pendidikan Negara;

  3. Memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni bagi meningkatkan integriti dan jati diri warga Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah melahirkan iklim organisasi yang harmonis;

  4. Merancang, mengurus dan melaksanakan urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) ; dan

  5. Mengurus hal-hal perkhidmatan dan kemudahan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Sokongan. 

 



Fungsi
  1. Melaksanakan kajian dan penetapan dasar sumber manusia, kajian pemantapan skim perkhidmatan guru dan bukan guru, kajian norma perjawatan guru dan bukan guru dan menguruskan Pelan Perancangan Strategik Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);

  2. Menguruskan perlaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) serta pengurusan rekod perkhidmatan;

  3. Mengkaji pewujudan organisasi baru, permohonan penstrukturan semula organisasi / fungsi serta  pemantapan perjawatan bagi Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Institusi Pendidikan di bawah KPM,di samping mengurus permohonan perjawatan di bawah Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan (ABM) dan menjalankan naziran perjawatan dan perkhidmatan ;

  4. Menguruskan hal-hal perkhidmatan dan kemudahan warga KPM  serta memantapkan jalinan kerjasama dengan kesatuan/persatuan guru dan bukan guru di samping merapatkan hubungan majikan dan pekerja melalui Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) ; dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ;

  5. Mengendalikan urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan, pertukaran setara bagi PPP dan AKS serta menjadi Urus Setia Induk Panel Pembangunan Sumber Manusia dan Urus Setia Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Peringkat Persekutuan dan Negeri;



Piagam Pelanggan

Kami warga Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan penuh tekad dan iltizam dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, dengan ini berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memenuhi Piagam pelanggan seperti berikut:
 

  1. Mengeluarkan surat tawaran guru terlatih dalam tempoh satu (1) bulan selepas dokumen lengkap diterima.

  2. Permohonan berhubung urusan perkhidmatan diselesaikan dalam tempoh satu (1) bulan selepas semua dokumen lengkap diterima.

  3. Permohonan Pemantapan Perjawatan/ Penstrukturan Semula Jabatan/ Bahagian diperakukan kepada JPA dalam tempoh dua (2) bulan setelah permohonan yang lengkap diterima.

  4. Permohonan pertambahan jawatan melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) (Perjawatan) Tahunan diperakukan ke JPA selewat-lewatnya pada bulan Julai setiap tahun.

  5. Memproses urusan pemangkuan PPP dan AKS bagi laluan kenaikan pangkat secara hakiki dan cemerlang untuk dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam   tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima.

  6. Memproses perakuan kenaikan pangkat bagi PPP dan AKS secara Time Based untuk dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima.

  7. Menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada sekurang-kurangnya 70% Pegawai dan Kakitangan Bukan Guru bagi mematuhi keperluan dasar latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam setahun.

  8. Menyediakan Kursus Induksi untuk Pegawai dan Kakitangan Bukan Guru dalam masa satu (1) hingga tiga (3) tahun dari tarikh lantikan.

  9. Mengemukakan perakuan Kes-kes Tatatertib kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib yang berkenaan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh dokumen lengkap diterima.

  10. Menyelesaikan kes-kes tatatertib tiga (3) bulan selepas Pengerusi Lembaga Tatatertib yang berkenaan membuat penentuan kes.

 











Bawah