Atas
Hubungi Kami

|| Home » Hubungi Kami » Sektor Pelajaran » Profil Jabatan
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

Profil Jabatan
JabatanBahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Ketua JabatanPengarah
Tuan Haji Abdul Ghani Bin Mohamad Niza
AlamatAras 3, Blok2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor
Nombor Telefon03-8321 7400
Nombor Faks03-8321 7403 / 7402 / 7401
Laman Web--
Alamat E-mel

VISI

PENERAJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA



MISI

Menggerak dan Memastikan Perkhidmatan Profesionalisme dan Pengurusan Pendidikan Bertaraf Dunia Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


 



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara."



OBJEKTIF
Objektif utama penstrukturan semula Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan:
  1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan terutama dalam hal ehwal persekolahan, guru dan murid;
  2. Memastikan cadangan-cadangan dalam Pembangunan Pendidikan (2001-2010) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan;
  3. Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi mewujudkan sekolah-sekolah yang selaras dengan matlamat Wawasan 2020;
  4. Mewujudkan permuafakatan di semua Sekolah Berasrama Penuh;
  5. Menentukan keperluan penubuhan sekolah baru di kawasan-kawasan yang baru dibangunkan selaras dengan keperluan  pembangunan negara;
  6. Meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif;
  7. Menempatkan guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan;
  8. Meluluskan pertukaran guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan;
  9. Meningkatkan tahap kebajikan guru;
  10. Meningkatkan keyakinan diri murid dalam bidang akademik, afektif, psikomotor dan emosi melalui program jaya diri seperti program motivasi, pertandingan-pertandingan dan program pendidikan luar;
  11. Memperluaskan khidmat kaunseling, kerjaya dan bimbingan bagi meningkatkan kesejahteraan diri murid;
  12. Meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan murid dan seluruh warga sekolah;
  13. Memperluaskan penyertaan murid dalam bidang kokurikulum daripada 30% kepada 100%;
  14. Memberi pendedahan dunia luar kepada murid melalui program pertukaran murid antarabangsa;
  15. Mengurangkan masalah disiplin dan salah laku murid; dan
  16. Meningkatkan kualiti sahsiah murid-murid dalam bidang disiplin, penerapan nilai-nilai murni, pemantapan akidah dan sifar dadah.










Bawah