Atas
Hubungi Kami

|| Home » Hubungi Kami » Sektor Pelajaran » Profil Jabatan
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Profil Jabatan
JabatanBahagian Pembangunan Kurikulum
Ketua JabatanPengarah
Dr. Sariah Binti Abdul Jalil
AlamatARAS 4-8, BLOK E9, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA
Nombor Telefon603 8884 2000
Nombor Faks603 8888 9917
Laman Webhttp://www.moe.gov.my/bpk
Alamat E-mel

Sejarah

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), sebelum ini dikenali sebagai Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah ditubuhkan pada tahun 1973 sebagai sebuah Unit iaitu Unit Perkembangan Pelajaran di Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pelajaran.

Pada tahun yang sama, unit ini diasingkan daripada induknya untuk dijadikan sebagai satu bahagian baru di bawah Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sehubungan itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada ketika itu memperoleh bangunannya sendiri yang terletak di Damansara. Pada tahun 1977, PPK berpindah ke lokasi baru iaitu di Pesiaran Duta, Kuala Lumpur sehinggalah 31 Disember 2004.

Mulai 1 Januari 2005, PPK beroperasi di bangunan barunya iaitu di Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Berikutan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia, berkuatkuasa 16 Jun 2008 Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)  kini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

 



Latar belakang

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) merupakan satu bahagian di bawah Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian ini bertanggungjawab memperbaiki mutu dan meningkatkan taraf pendidikan melalui penggubalan dan pembangunan kurikulum yang relevan dan bermutu untuk semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.



Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan menyempurnakan tugas dan tanggungjawab kami untuk memastikan pelanggan mendapat:

  1. Dokumen Standard Kurikulum atau Bahan Sokongan Kurikulum dalam masa 15 hari selepas diterbitkan.
  2. Khidmat kepakaran dan rundingcara berkaitan kurikulum dalam tempoh 5 hari bekerja.
  3. Kursus Orientasi atau Pendedahan Kurikulum dalam masa 5 hari bekerja.
  4. Sebarang maklum balas kurikulum dalam tempoh 3 hari bekerja selepas cadangan diterima.



Visi

Menghasilkan Kurikulum yang berkualiti untuk pendidikan negara yang bertaraf dunia menjelang tahun 2020.

 



Misi

Membangunkan kurikulum sekolah yang bersepadu dan berguna untuk perkembangan potensi individu sepenuhnya dan untuk memenuhi keperluan negara.

 



Fungsi dan Tanggungjawab

Fungsi Utama

  1. menggubal dan membangunkan kurikulum persekolahan
  2. menyebar dan melaksanakan kurikulum
  3. mengesan dan memantau pelaksanaan kurikulum
  4. menyediakan bahan sokongan kurikulum
  5. menjalankan penilaian untuk pembangunan kurikulum


Objektif

Membina dan mengembangkan kurikulum sekolah ke arah peningkatan kualiti pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan



Struktur Organisasi

PEJABAT PENGARAH
PEJABAT TIMBALAN PENGARAH DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI
PEJABAT TIMBALAN PENGARAH KEMANUSIAAN

SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN
Unit Pengurusan dan Pentadbiran
Unit Kewangan dan Pembangunan
Unit Pengurusan Komunikasi Kurikulum
Unit Penerbitan dan Percetakan

SEKTOR SAINS SOSIAL
Unit Sejarah dan Kewarganegaraan
Unit Geografi dan Alam Sekitar
Unit Pendidikan Ekonomi
Unit Pendidikan Moral

SEKTOR DASAR DAN PENYELIDIKAN
Unit Dasar
Unit Penilaian
Unit Pembangunan Staf
Unit Projek Khas
Unit Pra Sekolah dan Permata

SEKTOR BAHASA
Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu
Unit Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan Inggeris
Unit Bahasa Cina
Unit Bahasa Tamil
Unit Bahasa Etnik
Unit Bahasa Antarabangsa
Unit MBMMBI

SEKTOR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
Unit Kejuruteraan Awam (UKA)
Unit Reka Bentuk Teknologi (URBT)
Unit Pertanian (UPERT)
Unit Kejuruteraan Mekanikal (UKM)
Unit Ekonomi Rumah Tangga (UERT)
Unit Kejuruteraan Elektrik (UKE)
Unit Teknologi (UTek)
Unit Perdagangan (UPD)

SEKTOR INOVASI DAN TEKNOLOGI
Unit Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Unit Pengurusan Maklumat dan Sistem
Unit Inovasi Dalam Kurikulum

SEKTOR SAINS, MATEMATIK DAN TEKNOLOGI
Unit Sains Menengah
Unit Sains Rendah
Unit Sains Tulen
Unit Matematik Menengah
Unit Matematik Rendah

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
Unit Pendidikan Islam Menengah
Unit Pendidikan Islam Rendah
Unit Pendidikan Islam Elektif
Unit Bahasa Arab

SEKTOR PENDIDIKAN KHAS
Unit Khas Masalah Pendengaran
Unit Khas Masalah Penglihatan
Unit Khas Masalah Pembelajaran

SEKTOR KESENIAN DAN KESIHATAN
Unit Pendidikan Seni Visual
Unit Pendidikan Muzik
Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan
Unit Pendidikan Kesihatan











Bawah