Atas
Hubungi Kami

|| Home » Hubungi Kami » Sektor Pelajaran » Profil Jabatan
Bahagian Tajaan Pendidikan

Profil Jabatan
JabatanBahagian Tajaan Pendidikan
Ketua JabatanSetiausaha Bahagian
MANSOR BIN IBRAHIM @ ABD HAMID
AlamatBahagian Tajaan Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
Nombor Telefon03-8321 7100
Nombor Faks03-8321 7101
Laman WebTiada
Alamat E-melmansor@moe.gov.my

LATAR BELAKANG BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN

  1. Sebelum tahun 1979, aktiviti berhubung dengan latihan dan beberapa program penghadiahan telah dikendalikan oleh pelbagai Bahagian seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian PendidikanTeknik dan Vokasional. Keadaan yang lebih bercorak “decentralized” ini telah menyebabkan keutamaan kepada keperluan Bahagian masing-masing telah dititikberatkan.

  2. Seksyen Biasiswa dan Taja pada masa itu diletakkan dibawah Bahagian Pendidikan Tinggi, mempunyai kuasa yang terhad kepada urusan beberapa program bantuan kewangan termasuk urusan penajaan pelajar-pelajar persendirian yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Keadaan ini telah disemak semula dan mulai 1 Januari 1979 Bahagian Biasiswa telah diwujudkan bagi tujuan memusatkan semua rancangan biasiswa dan latihan dalam perkhidmatan yang sebelumnya ditadbir oleh pelbagai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.

  3. Penyusunan semula struktur organisasi dan perjawatan Bahagian Biasiswa yang terakhir telah dilaksanakan pada tahun 1995. Namun demikian, pada tahun 2008, Bahagian Biasiswa telah ditukar nama kepada Bahagian Tajaan Pendidikan selaras dengan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertukaran nama ini juga adalah selaras dengan perpindahan Unit Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) ke Bahagian Kewangan daripada Bahagian Biasiswa.


OBJEKTIF BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN
  1. Memastikan dana tajaan diuruskan secara optimum bagi memenuhi keperluan latihan bakal PPP dan PPP
  2. Memastikan pengurusan tajaan kepada bakal PPP dan PPP dilaksanakan dengan cekap dan telus
  3. Memastikan pengurusan cuti belajar dan jawatan latihan PPP dilaksanakan dengan efisien
  4. Memastikan pengurusan kutipan balik pinjaman pelajaran dilaksanakan dengan berkesan dan menepati sasaran
  5. Memastikan penguatkuasaan perjanjian biasiswa dan cuti belajar dilaksanakan dengan cekap dan berkesan


FUNGSI UTAMA BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN
  1. Mengurus pemberian biasiswa kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan pelajar dalam dan luar negara (dalam perkhidmatan dan praperkhidmatan).

  2. Mengurus pemberian pinjaman pelajaran kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

  3. Penguatkuasaan kutipan bayaran balik pinjaman dan pecah kontrak.

  4. Mengurus hal-hal berkaitan perkhidmatan dan kewangan jawatan latihan.

  5. Mengurus fungsi sebagai PTJ.


MISI BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN
Membangunkan warga pendidik yang kompeten untuk memenuhi keperluan strategik pendidikan negara melalui pemberian biasiswa dan pinjaman.


VISI BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN
Peneraju dalam bidang penajaan pendidikan untuk menjana kecemerlangan intelek dan profesionalisme warga pendidik.


PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN
Kami warga Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
  1. Mengeluarkan surat tawaran biasiswa atau pinjaman kepada pelajar dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam tempoh 3 minggu selepas calon diperaku dan dilulus oleh pihak yang melulus.

  2. Memastikan pembayaran biasiswa dan pinjaman kepada pelajar dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dibuat dalam tempoh 4 minggu selepas perjanjian lengkap diterima.

  3. Mengeluarkan surat kelulusan cuti belajar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam tempoh 3 minggu selepas permohonan lengkap diterima.

  4. Mengeluarkan notis tuntutan bayaran balik pinjaman dalam tempoh 4 minggu selepas pelajar tamat pengajian.

  5. Mengeluarkan resit kepada pembayar balik pinjaman atau gantirugi pecah kontrak dalam tempoh 6 minggu selepas bayaran diterima.

  6. Memastikan setiap bayaran balik pinjaman dan gantirugi yang diterima dikemaskini dalam tempoh 4 minggu selepas bayaran diterima.










Bawah