Atas
Hubungi Kami

|| Home » Hubungi Kami » Sektor Pelajaran » Profil Jabatan
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

Profil Jabatan
JabatanJabatan Pendidikan Negeri Perlis
Ketua JabatanPengarah
Encik Dun Bin Kasa
AlamatJalan Tun Abdul Razak,
01990 Kangar, Perlis.
Nombor Telefon04-9737777
Nombor Faks04-9767080
Laman Webhttp://www.moe.gov.my/jpnperlis
Alamat E-meljpnperlis@moe.gov.my

Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang


Misi
Merealisasikan Pengurusan Pendidikan Cemerlang Dan Terbilang Serta Perkhidmatan Yang Efisien Dan Berintegriti Untuk Menghasilkan Modal Insan Kelas Pertama Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Dasar Dan Matlamat

Jabatan Pelajaran Perlis sentiasa berusaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk mencapai matlamat berikut:

  1. Pengurusan
    Mempertingkatkan kualiti pengurusan pelbagai peringkat supaya sentiasa cekap dan berkesan.
  2. Perkhidmatan Profesionalisme
    Memperkasakan profesionalisme semua pegawai perkhidmatan pendidikan menjadi pendidik mithali dengan memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang masa.
  3. Pembinaan Modal Insan Kelas Pertama
    Melahirkan modal insane Negara yang cemerlang dalam akademik, mampan sahsiah, jitu patriotism, hebat kokurikulum dan kepimpinan, menguasai ICT serta mampu bersaing bagi mengharungi cabaran di peringkat global.
  4. Sekolah Gemilang
    Memastikan semua sekolah mencapai kecemerlangan tahap sekolah gemilang dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
  5. Tanggungjawab Kepada Pihak Berkepentingan
    Memastikan segala usaha yang dijalankan mencapai matlamat agar memenuhi harapan semua pihak termasuklah Kementerian Pelajaran Malaysia, Kerajaan Negeri Perlis, masyarakat dan ibubapa.


Piagam Pelanggan

Kami Warga Pendidikan Negeri Perlis Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berikrar Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami:

  1. Memastikan Semua Murid, Mengikut Umur Yang Ditetapkan Mendapat Tempat Belajar Dan Mengikuti Pengajaran & Pembelajaran Pada Hari Pertama Persekolahan Baru Dimulakan.
  2. Memproses Penempatan Guru Ke Sekolah-Sekolah Tidak Lewat Dari 21 Hari Bekerja Setelah Menerima Senarai Guru Dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
  3. Memastikan Semua Permohonan Diproses Oleh Jpn Di Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja Dari Tarikh Borang Diterima.
  4. Mengurus Dan Menyelesaikan Masalah Perjawatan Dan Perkhidmatan Personel Dalam Tempoh 30 Hari Dari Tarikh Penerimaan.
  5. Menentukan Kekosongan Jawatan Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan Diisi Dalam Tempoh 30 Hari Bekerja Selepas Berlakunya Kekosongan.
  6. Memastikan Pembayaran Bagi Segala Tuntutan Dibuat Dalam Masa 14 Hari Dari Tarikh Tuntutan Diterima.
  7. Memastikan Peperiksaan Awam Dilaksanakan Dengan Lancar Tanpa Sebarang Ketidakakuran Sepanjang Masa.
  8. Memastikan Jabatan Sentiasa Peka Dan Responsif Kepada Kehendak-Kehendak Pelanggan Dengan :
    • Sentiasa Memberi Layanan Mesra Dan Perkhidmatan Kaunter Dengan Kadar Segera .
    • Menentukan Segala Surat Rayuan Dan Aduan Diberi Jawapan Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja.
  9. Memastikan Guru-Guru Melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran Berlandaskan Dasar Dan Sukatan Pelajaran Serta Kaedah Yang Berkesan Sepanjang Tahun.
  10. Bertekad Melaksanakan Pengurusan Dan Perancangan Ict Dengan Berkesan Dan Bertanggungjawab Sepanjang Tahun.
  11. Memastikan Kemudahan Pembelajaran, Pengembangan Bakat Dan Potensi Pelajar Disediakan Sepanjang Tahun.
  12. Memastikan Setiap Warga Pelajaran Berpeluang Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling Setiap Masa.
  13. Sentiasa Sedia Bekerjasama Dan Sanggup Menerima Cadangan Serta Teguran Yang Membina Demi Mempertingkatkan Prestasi Perkhidmatan Dan Kecemerlangan Pendidikan.


Pengurusan Tertinggi


PENGARAH PELAJARAN PERLIS
Tuan Dun Bin Kasa
zahari.daud@moe.gov.my


TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN PERLIS
Encik Nuzrin Bin Nuiman
zahari.daud@moe.gov.my


KETUA SEKTOR JAMINAN KUALITI
Datin Naimah Bt Jaafar
zahari.daud@moe.gov.my


KETUA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
Encik Rusli Bin Md Zain
zahari.daud@moe.gov.my


KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
Encik Hasan Bin Ebau Noi @ Abdul Rahman
zahari.daud@moe.gov.my


KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA & PENDIDIKAN KHAS
Encik Suhaimi Bin Mohd Nor
zahari.daud@moe.gov.my


KETUA SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
Tuan Haji Amran Bin Rejab
zahari.daud@moe.gov.my


KETUA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
Tuan Haji Mohammad Bin Hj. Abdul Ghani
zahari.daud@moe.gov.my


KETUA SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
Encik Azman Bin Ghazali
zahari.daud@moe.gov.my


KETUA SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN
Encik Mohd Zawawi Bin Zakaria
zahari.daud@moe.gov.my


KETUA SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT
Encik Mohd Kadri Bin Ibrahim
zahari.daud@moe.gov.my


KETUA SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
Encik Rosli Bin Derani
zahari.daud@moe.gov.my



Motto
Menjana Kecemerlangan Bertaraf Dunia: Satu Misi Bersama










Bawah