Atas
Hubungi Kami

|| Home » Hubungi Kami » Jabatan dan Bahagian » Profil Jabatan
Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur

Profil Jabatan
JabatanJabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur
Ketua JabatanPengarah Pendidikan
Dato' Hajah Foziah binti Buang
AlamatJabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin,
50604 Kuala Lumpur.
Malaysia
Nombor Telefon03-62037777
Nombor Faks03-62037788
Laman Webhttp://jpwpkl.moe.gov.my
Alamat E-meladuanjpnkl@moe.gov.my

Visi, Misi dan Slogan

Visi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi
Melestari Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Slogan
Gemilang Dalam Kalangan Yang Cemerlang



Objektif
  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
  • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
  • Memberi peluang-peluang kepada semua warganegara Malaysia.
  • Meluaskan dasar pendemokrasian pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar.
  • Memastikan pengurusan pendidikan termasuk pendidikan Islam yang lebih bersistematik, efisien dan berkesan.
  • Memberikan kemudahan infrastruktur yang selesa dan berkualiti bagi tempat kerja, kediaman dan sekolah.
  • Meningkatkan tahap profesionalisme tenaga pendidik dan personel bagi meningkatkan kecekapan dalam Pentadbiran, Pengajaran dan Pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Pendidikan.
  • Mewujudkan sistem pengurusan organisasi pendidikan yang berteraskan ICT.
  • Meningkatkan pembangunan sahsiah pelajar yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Meningkatkan kecemerlangan akademik dan potensi serta kualiti pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
  • Mempertingkatkan penyertaan pelajar dalam bidang sains dan teknologi untuk mencapai matlamat 60:40
  • Menguruskan pertukaran dan penempatan guru / murid mengikut permohonan dan kekosongan tempat.
  • Menjana perkembangan sahsiah murid-murid pendidikan khas.
  • Memastikan semua murid WPKL menguasai asas 3M.


Fungsi
  • Merancang, menyelia, mengurus, melaksana dan memantau perkhidmatan sokongan dalam hal-hal perkhidmatan personal, perjawatan, latihan, pentadbiran kewangan, maklumat dan kemudahan fizikal secara profesional, cekap dan berkesan.
  • Merancang, menyelia, mengurus dan memastikan pelaksanaan kurikulum, pengurusan pendidikan dan dakwah dilaksanakan dengan sempurna mengikut prinsip dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Merancang, menyelia, mengurus dan memastikan pelaksanaan kurikulum, pengurusan akademik dilaksanakan mengikut prinsip dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Mengurus dan mengendalikan program pembangunan kemanusiaan dan memastikan pelaksanaan kurikulum dan perkembangan sahsiah pelajar dilaksanakan selaras dengan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Merancang, menyelia, mengurus dan memastikan pelaksanaan pengurusan sekolah menengah / rendah dan pendidikan swasta dilaksanakan berteraskan perundangan pendidikan.


Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

 
1. Keputusan penempatan murid bagi :
  1.1 Tahun 1 ke sekolah harian dikeluarkan selepas 31 Julai tahun semasa.
  1.2 Kelas Peralihan dan Tingkatan 1 dikeluarkan sebelum cuti sekolah akhir tahun semasa bermula.
  1.3 Sekolah/Kelas Kawalan dan Kelas Rancangan Khas (KRK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kelas Aliran Agama (KAA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi Tingkatan 1,
dikeluarkan tujuh (7) hari bekerja sebelum sesi persekolahan tahun berikutnya.
  1.4 Tingkatan 4 ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) dimaklumkan selepas empat belas (14) hari bekerja dari tarikh tutup permohonan tahun semasa.
  1.5 Tingkatan 6 bawah yang tiada penempatan dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
2.Keputusan kelulusan pertukaran murid bagi :
  2.1 Sekolah rendah bukan kawalan dikeluarkan dalam tempoh 1 hari bekerja dan bagi sekolah rendah kawalan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  2.2 Sekolah Menengah Kawalan, Kelas Kawalan, Kelas Rancangan Khas (KRK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kelas Aliran Agama (KAA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
3. Urusan rayuan bersekolah semula murid diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
4. Semua calon peperiksaan awam yang berdaftar layak menduduki peperiksaan.
5. Penempatan guru baharu diuruskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh senarai guru diterima dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
6. Penempatan pertukaran guru diuruskan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh tutup permohonan.
7. Surat penempatan bukan guru dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas arahan penempatan diterima dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
8. Perakuan pendaftaran, permit guru, pengelola dan pekerja institusi pendidikan swasta dikeluarkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap serta memenuhi terma dan syarat.
9.Pesara wajib diberi faedah persaraan pada atau selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari dari tarikh persaraan.
10.Aduan akan diuruskan dalam tempohh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh aduan diterima oleh Penyelaras Aduan.
11.Bil-bil dan dan baucer bayaran diproses dalam tempoh sembilan (9) hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap, sempurna dan diakui sah.
12.Pelanggan mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh laporan lengkap atau temu janji diterima.
 
**Piagam Pelanggan yang berkuatkuasa pada 21 Julai 2014 (yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Pengurusan Jabatan Bil.7/2014)

 



Pengurusan Tertinggi

Pengarah
Dato' Hajah Foziah binti Buang

Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu
Tuan Haji Ismail bin Musa

Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul
Tuan Haji Juahir bin Mondakir

Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat
Puan Hajah Asiah binti Hj Husin

Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
Encik Ahmad Kham bin Abu Kassim

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
Puan Hajah Halimah binti Haron

Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Puan Zainun binti Ahmad

Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Encik Rofli bin Mohamed

Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan
Puan Hajah Nor Laila binti Lambak

Ketua Sektor Pendidikan Islam
Encik Mohamed Nor  bin Hj Salleh

Ketua Sektor Jaminan Kualiti
Puan Hajah Rashidah Tabassum binti Khalid

Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
Kosong

Ketua Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
Encik Zubir bin Chi Din

Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling
Hajah Rosnah binti Abdullah











Bawah