Atas
Hubungi Kami

|| Home » Hubungi Kami » Sektor Pelajaran » Profil Jabatan
Bahagian Pendidikan Swasta

Profil Jabatan
JabatanBahagian Pendidikan Swasta
Ketua JabatanPengarah
Abd Halim bin Ismail
AlamatBahagian Pendidikan Swasta,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Nombor Telefon03-8884 9536
Nombor Faks03-8888 6676/6679
Laman WebSedang dikemaskini
Alamat E-melbps@moe.gov.my

Visi

Institusi Pendidikan Swasta Unggul Penjana Generasi Terbilang



Misi
  1. Memastikan pendidikan swasta berkualiti dan bertaraf dunia melalui perundangan dan pemudahcaraan.
  2. Memastikan perkhidmatan pendidikan swasta yang cemerlang bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
  3. Meningkatkan perkongsian pintar antara sektor awam dan swasta.
  4. Meluaskan akses pendidikan yang berkualiti khasnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.


Matlamat
Melahirkan insan yang berilmu dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memenuhi aspirasi negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



Objektif BPS
  1. Memastikan pelaksanaan dasar, perancangan dan hala tuju pendidikan swasta selaras dengan Program Transformasi Kerajaan(GTP), dan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) serta Model Ekonomi Baru (MEB)
  2. Memastikan semua pengurusan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta mematuhi peruntukan perundangan dan syarat yang ditetapkan di bawahnya.
  3. Memastikan pelaksanaan sistem pengawal seliaan dan penguatkuasaan yang cekap dan berkesan.
  4. Memastikan data dan maklumat institusi pendidikan swasta tepat dan kemas kini.
  5. Menjana pendapatan negara melalui Perkongsian Awam dan Swasta (PPP) serta Pengantarabangsaan Pendidikan.


Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN
BAHAGIAN PENDIDIKAN SWASTA
KEMENTERIAN PELAJARAN  MALAYSIA


Kami warga Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia berazam untuk memberi perkhidmatan yang cekap, pantas dan tepat dengan amanah, saksama dan penuh mesra bagi;
  1. Mengeluarkan status permohonan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang memenuhi terma dan syarat dalam tempoh 30 hari bekerja.
  2. Mengeluarkan status permohonan penubuhan pusat bahasa dan pusat latihan yang memenuhi terma dan syarat dalam tempoh 45 hari bekerja.
  3. Mengeluarkan surat sokongan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi pemohon mendapatkan pas pelajar / pas pengajian dalam tempoh 14 hari bekerja.
  4. Memastikan surat perakuan penerimaan aduan atau sebarang pertanyaan dalam masa 1 hari bekerja.
  5. Memastikan siasatan dijalankan terhadap sebarang aduan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh makluman diterima.
  6. Menyebar luas dasar/pekeliling dan garis panduan baru berkaitan pengurusan institusi pendidikan swasta dihebahkan dalam masa 7 hari bekerja.
  7. Mengeluarkan surat sokongan kepada Kemneterian Dalam Negeri berhubung perekrutan pelajar antarabangsa ke institusi pendidikan swasta dalam tempoh 30 hari bekerja.
  8. Memberi maklum balas kepada permohonan mendapatkan maklumat dan data dalam tempoh 14 hari bekerja. 


Fungsi
  1. Mengkonsepkan dasar, memantapkan perundingan dan peraturan-peraturan pendidikan swasta serta merancang menentukan hala tuju pendidikan swasta.
  2. Menguruskan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan .
  3. Menjalankan aktiviti penguatkuasaan  dan pengawalseliaan yang berkaitan dengan pendidikan swasta
  4. Mengendalikan pengurusan data dan maklumat pendidikan swasta.
  5. Mengendalikan aktiviti berkaitan promosi pendidikan ke arah menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan
  6. Mewartakan pegawai-pegawai pendidikan di peringkat pusat, negeri dan daerah sebagai Pendaftar Sekolah dan Guru, Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru di bawah Akta Pendidikan 1996.




Sektor Pendidikan Swasta di Jabatan Pelajaran Negeri

Sektor Swasta JPN Johor No. Tel : 07-2310082/ 07-2310081/ 07-2310080

Sektor Swasta JPN Kedah No. Tel : 04-7404310 / 04-7404311/ 04-7404313

Sektor Swasta JPN Kelantan No. Tel : 09-7418808/ 09-7418806

Sektor Swasta JPN Melaka No. Tel : 06-2325860/ 06-2325813

Sektor Swasta JPN Negeri Sembilan No. Tel : 06 765 3691/ 06-765 3319

Sektor Swasta JPN Negeri Pahang No. Tel : 095715720/ 095715634

Sektor Swasta JPN Negeri Perak No. Tel : 05-5015126/ 05-5015194/ 

Sektor Swasta JPN Negeri Perlis No. Tel : 9767410 Samb.401

Sektor Swasta JPN Negeri Pulau Pinang No. Tel : 04-652 1232/ 04-652 1142/ 04-652 1030 

Sektor Swasta JPN Negeri Sabah No. Tel : 088-236558/ 088-265577/ 088-261057

Sektor Swasta JPN Negeri Sarawak No. Tel : 082-473600/ 082-473606

Sektor Swasta JPN Negeri Selangor No. Tel : 03-55189207/ 03-55189209/ 03-55189205

Sektor Swasta JPN Negeri Terenganu No. Tel : 09-6213142/ 09-6213020/ 09-6213338

Sektor Swasta JP WP Kuala Lumpur No. Tel : 03-62036324/ 03-62036153/ 03-62036323

Sektor Swasta JP WP Labuan No. Tel : 087-583351/ 087-583351

Sektor Swasta JP WP Putrajaya No. Tel : 03-80903021











Bawah