Atas
Hubungi Kami

|| Home » Hubungi Kami » Sektor Pelajaran » Profil Jabatan
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Profil Jabatan
JabatanBahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Ketua JabatanPengarah
Tuan Haji Ahmad Tajudin Bin Jab
AlamatARAS 5 DAN 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
Nombor Telefon03-8884 5154
Nombor Faks03-8884 5047
Laman Webhttp://www.moe.gov.my/bptv/
Alamat E-meltajudin.jab@moe.gov.my

Pengenalan

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal, telah ditubuhkan pada tahun 1964. Peranan utamanya adalah menentukan pelaksanaan dan kemajuan pendidikan teknikal dan vokasional secara berterusan di negara ini. Skop tugas BPTV termasuk memberi khidmat menyelidik, merancang, melaksana, menyelaras, menyelia dan memantau perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional (SMT/V) di seluruh Negara.

Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa professional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.

Bermula 1 Mac 2008, berlaku satu pengstrukturan menyeluruh di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pendidikan Teknikal ditukar kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dan diketuai oleh seorang Pengarah yang bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Operasi Pendidikan. BPTV terbahagi kepada 4 mengikut fungsi utamanya iaitu:

 i.  Pengoperasian Sekolah (dahulunya BPPTV),

ii.  Pengurusan Akademik (dahulunya BKTV),

iii. Pembangunan PTV (dahulunya BRS), dan

iv. Pembangunan Kejurulatihan PTV (dahulunya BLKS).




Objektif
Menghasilkan pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti melalui:
  • Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan fasiliti;
  • Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid;
  • Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang berkesan; dan
  • Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawai.


Visi
Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul


Misi
Memperkasakan PTV melalui pelaksanaan program yang berkualiti.


Fungsi Utama
  1. Merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan pembangunan pendidikan teknikal dan vokasional.
  2. Merancang, memantau dan menilai pelaksanaan pengurusan akademik dan strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan teknikal dan vokasional
  3. Merancang, mengurus, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program dan aktiviti persekolahan dan keperluan pengoperasian sekolah
  4. Merancang, melaksana, memantau dan menilai program pembangunan kepakaran kejurulatihan (TOT) pendidikan teknikal dan vokasional
  5. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai standard kualiti dalam semua aspek pengurusan pentadbiran Bahagian dan SMT/SMV.


Piagam Pelanggan BPTV

Kami, warga Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami ke arah merealisasikan sistem pendidikan teknikal dan vokasional yang cekap dan berkesan. Kami berjanji akan:

  • Mengeluarkan surat tawaran kemasukan murid 30 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran;
  • Mengeluarkan surat penempatan / pertukaran guru 14 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri;
  • Menyediakan laporan hasil pemantauan kepada sekolah dalam tempoh 21 hari bekerja selepas pemantauan; 
  • Menghantar Surat Akuan Terima dalam tempoh 7 hari bekerja selepas penerimaan surat/dokumen;
  • Mengeluarkan surat kelulusan pelupusan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap serta disemak oleh Pusat Penyenggaraan Alat (PPA) diterima.










Bawah